.

Friday, November 26, 2010

“Sungguh tak terkesan….”

Diwaktu itu aku masih termanggu,
Mentafsir beribu yg terkisah perlu,
Bagaimana hendaknya azali si skrol diri,
Memuntah ilusi yg terpalit dek cebisan yg tinggal

Akukah yg dulunya beraja dipuncak tinggi,
Namun kini hilang sedikit taring bergerigi,
Menghunus kata yg berbutir peluru sakti,
Hingga kini berteduh menanti di bawah serambi,

Mungkin juga aku masih benar segala janji,
Untuk ungkapan sekali beri begbahagi,
Aku mahu mengecap kembali dahaga panji,
Mungkin itu akan mendorong aku berani,

Memang sudah aku dijadikan begini,
Yg tandus lalang rata terang,
Aku bangkit kembali seperti using,
Yg kini mahu membilang terang,

Sudahlah kiasan aku terapkan dilaman maya,
Yg masih berpenunggu serta pemuja sepi,
Namun aku masih hilang maya,
Tapi aku masih mengharap redho Nya membenar aku bersemangat lagi,

Nukilan kherol81 (19/11/10 1735pm),

“ Yang tinggal hilang…..”

Yg dulu masih terkenang dilintas pengalaman,
Yg dulu masih segar dek bias tentang adanya baki perasaan,
Yg dulunya tetap hadir tika semua kembali menyergah disini,
Yg dulunya tetap menyergah hingga kini walau diperuk sendiri,

Aku cuba tinggalkan semua yg menghantui benak pemikiran ini,
Aku cuba tinggalkan kunci semua yg menyanbungkan perih kelmarin,
Aku cuba tinggalkan semua perasaan yg membuat sayu dihati,
Aku cuba tinggalkan sekelumit rasa rendah hati,

Namun kini aku masih hilang yg satu itu kembali,
Hingga aku terasa hilang itu menyayat segala sunyi,
Tetap aku hilang terasa bahagi,
Demikian tertarah yg hilang itu seperti penggali luahan tercari saksi,

Namun begitu pasti aku hendak yg masih terperinci,
Untuk aku dendang melodi yg ku tinggalkan buat si kecil isi hati,
Nescaya jutaan bait yg hilang akan menjengah aku kembali untuk pasti,
Menjulang jaya “ Yang tinggal hilang……”

Nukilan kherol81 (20/11/10 1305pm)