Saat berganti jam,
Hari berganti minggu,
Kini kiraan aku makin bertambah,
Dari angka 1 menjadi 26 kini,
Tapi aku mula mengetahui kini tinggal 1,799 hari cuma,
Hari ini,
Tubuh ini panas semula,
Seperti sebelumnya,
Sejuk ais dikepala masih tidak melegakan,
Panas selimut tebal masih juga tidak melegakan,
Sebelum ini si pekat merah hanya muncul dibahagian hidung kanan,
Hari ini mula memunculkan diri dikedua-dua belah,
Aku keliru sendiri,
Aku sorok jauh-jauh tampa pengetahuan,
Aku tidak mahu semua tahu sakit yg aku tanggung,
Tubuhku kini lemah,
Tubuhku kini semakin menyusut,
Bermula si kembar diketahui,
Bermulalah badan tidak menerima ruji,
Si pekat merah,
Aku tahu kau tidak sabar menunjuk diri,
Aku tahu kau akan muncul kembali,
Tapi berilah aku peluang sembunyi diri,
Jangan kau muncul dihadapan semua sayang......
-Nukilan kherol81-

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"