.

Friday, July 30, 2010

“Mencari Erti Keindahan.......”

Aku berjalan sendirian,
Meniti titian usang itu yg makin sayu pandangan mata,
Titian kayu yg reput dik mamahan ganas alam ,
Seperti perjalanan yg makin jauh kiraan bilang,

Langkahku kelu bagai entah dimana punca,
Setiap longlai langkah menjadikan aku makin perih,
Setiap langkahan kaki ini semakin jauh terasa,
Kemana semangat ku yg dulu mengatur segala gerak ini?

Aku teringat kata2 yg keluar dari orang tuaku,
Dik aju soalan olehku tentag kehidupan,

Ketika aku sedang diajar tentang kasih sayang,
Soalanku mula terungkap,

“Emak, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik dikalangan yg paling baik sebagai orang yg paling kita sayang, dan macam mana nak kekalkan kasih sayang tu?” aku bertanya penuh rasa yg terungkap diwajah yg perlu jawapan dari seorang emak.

“Sayang, cuba dengar dan buat apa yg emak suruh, ya !” ujar emak sambil melirik wajah yg tidak dapat aku lupa hingga hayatku yg terakhir nanti.

“Baik mak.” Jawab aku sambil tersenyum.

“Sebelum anak emak main kat laman tu nanti, cuba cari satu bunga yg paling cantik dan terus jalan ke depan,  jangan toleh2 ke belakang tau, nanti tunjuk pada emak bunga yg dipetik, ya !” alunan suara penuh kasih dari mulut yg mendoaku kebahagiaan dan arahan.

Aku melangkah & terus melangkah lagi,
Langkah yg masih utuh menderap bumi,
Carian terus beraksi dari tulus hati,
Tampa menoleh kembali,
Atas pinta emak untuk mencari erti,

“Mana bunga yg paling cantik, anak emak dah pilih?” tanya emak yg masih melemparkan senyuman.

“Tiada mak !” jawabku kaku.

“Kenapa tiada?” tanya emak ku lagi dengan senyum persis mengetahui segala erti.

“Emak suruh along petik bunga yg paling cantik, tapi masa tengah jalan tadi ada banyak yg cantik.” Jawabku penuh aksi.

“Kenapa anak emak tak terus petik?” ujar emak lagi masih senyum terukir.

“Ingat di depan masih ada bunga yg paling cantik, tapi tiada. Kan emak cakap jangan toleh kebelakang lagi, jadi tiadalah bunga yg paling cantik yg boleh dipetik !” jawabku penuh amanah.

“Ha.. itulah jawapan yg anak emak tanya tadi.” Jawab emak sambil tersenyum lagi.

“Macam mana emak, tak faham !” jawabku penuh mencari erti agi.

“Kalau kita mencari orang yg paling baik dikalangan yg paling baik sebagai orang yg paling kita sayang dan janganlah kita mencari yg lebih dari itu.” Ujar emak.

“Kita patut hargai orang yg ada dihadapan kita dengan sebaik2nya, jaga hatinya, hormatinya dan dekatinya." ujarnya lagi.

“Anak emak jangan menoleh kebelakang lagi, sebab yg berlaku tetap sudah berlaku, moga yg berlaku tidak akan berulang lagi.” Sarananya.

“Ingat ! orang yg paling kita sayang, itulah yg paling cantik dan baik walaupun nanti anak emak akan jumpa ramai lagi yg cantik dan baik.” Emak masih tersenyum mengiingatkan kembali.

Ketika itu,
Detik itu,
Aku mengerti segala aturan kasih sayang sekeliling ini,
Aku akui segala ujar emakku terbukti kini,
Hingga saat ini,
Aku hadiri,

Namun ketika aku perih begini,
Menanti sesaat lagi,
Aku masi mencari dan terus mencari,
Di danau luka yg masih terluka dik duri sepi,

Mencari secebis kasih,
Secubit rindu terbit hati,
Secangkir sayag kelumit kendi,
Seniru sangka pundak duka,
Selurah cinta tadahan embun dedaun kisi,

Namun hati ini tetap menanti,
Mencari lagi walau masa sesempit kendi,
Walau kerdip masih menari,
Hingga arteri kumam mati,
Tidak mengalir si merah ‘O’ nanti,
Terhenti nanti rantaian si perih sendiri.

-nukilan kherol81-

Friday, July 23, 2010

“Mentari”


Celik mataku kernamu,
Petanda kau mula lagi,
Tekadang aku gering keranamu,
Tekadang aku benci tika terik lagi,

Walau segala rasa itu cuma aku kenali,
Tapi kau tetap dihatiku mentari,
Engkau mangajarku untuk terus tersenyum,
Engkau mengajarku untuk menjaga semua,
Engkau mengajarku untuk terus bertahan walau tubuh bergelut perih,
Engkau mengajarku untuk menjadi yg terbaik,

Tulusmu aku contohi,
Teguhmu aku amati,
Perkasamu aku ikuti,
Keberadaanmu aku ingini,
Walau tubuh mulus ini tidak seperti mu,

Mentari,
Kerana ketiadaanmu pincang segala,
Aku ingin kau terus menunjukkan jalanku yg sependek ini,
Aku ingin kau terus temani aku yg takut kegelapan seketika cuma,

-nukilan kherol81-







“Bintang”


Bintang kau nun jauh disana,
Walau jauh kau tetap terang,

Bintang kau melirik aku kala tenang,
Walau jauh kau tatap aku tentang,

Bintang kau buat aku datang,
Walau cinta & kasih kita tidak lekang,

Aku tetap pujamu walau hadirmu kekang,
Aku tetap dengan kerdip cahayamu sayang,
Aku tetap sanjung kau yg tetap benderang,
Aku tetap ingin gapai tanganmu bintang,
Aku tetap cuba merangkai mimpi bersamamu tenang,

Bintang,
Kau teguh menyinarkan kerdipmu,
Kau tegar sendiri terang untuk pemujamu ini girang,

Bintang,
Aku cuba untuk bersamamu,
Aku cuba untuk seiring dengan mu,
Aku cuba untuk disisimu,

Bintang,
Mahukah kau,
Inginkah kau,
Benarkan aku,
Izinkan aku,

Harapku,
Kau tunggu aku seketika cuma,
Aku janji akan terus ke sana,
Walau kini kita bukan kejadian yg sama,
Tunggu aku sang bintang,

-nukilan kherol81-

Wednesday, July 21, 2010

“Sepatu…”

Aku masih ingat kamu sejak aku mula mengenalimu,
Tika aku jatuh bangun,
Tika aku menapak persatu,
Tika aku bertatih dititian alam ini,
Tika aku masih merasa sakit ini,
Kaulah penyelamatku


Ada ketika kau ku lupa bila sang baru menerpa,
Tapi itu lumrah katanya,
Ada ketika aku buang mu bila engkau sudah diperlu tidak,
Tapi itu juga mereka kata lumrah,
Ada ketika kau sudah tidak aku perlu dek keadaan perihmu,
Tapi itu sudah semestinya lumrah,
Ada ketika engkau tidak lagi aku ingati dek rupamu,
Tapi semua cerita ini sudah menjadi lumrah,

Ya Tuhanku,
Dibenakku terfikir seketika dengan nasibku,
Adakah nasibku seperti sepatuku yg sudah menjadi lumrah alamMu,
Adakah aku akan dilupakan kerna perihku ini,
Adakah aku akan dipinggir disudut luka ini,
Adakah aku akan dilupa setelah aku tiada,
Kerana ini semua lumrah juga dialamMu bukan!,

Ya Tuhanku,
Jika lumrah ini akan aku alami diduniaMu,
Pinta ku janganlah ia berterusan diseketika bertemuMu,

Kini kerisauanku bertambah,
Kerana aku amat janggal dengan segala lumrah itu,
Kerana aku amat tertekan jika merasa lumrah itu,
Kerana aku amat melukut untuk tidak terima lumrah itu,

Sepatuku…..
Usah kau risau,
Kerana aku tetap mengingati mu,
Walau engkau telah jauh dipenglihatanku,
Walau engkau tidak disisi ku,
Walau engkau tidak dapat menyelamatkanku tika aku bergelut dengan tarikhku,
Namun engkau tetap didalam simpanan kotakku,
Kerana aku tidak pernah membuangmu,
Kerana aku akan bawa segala memoriku sepanjang bersamamu kealam lain nanti,
Kuharap kau masih setia dihati walau kita bukan sama kejadian,
Aku amat menghormatimu kerana perjuanganmu untuk ku,

-nukilan kherol81




“Teman…..”


Teman…...,
Engkaukah yg ada disitu?
Tika aku bergelut dengan perihku?

Teman…..,
Engkaukah yg menyinggah di laman nurani ku?
Tika sayu terbit diufuk,

Teman…..,
Engkaukah yg masih menanti aku dihujung lorong itu?
Tika aku merangkak menerpa cahaya kusam,

Teman…..,
Engkaukah yg mampu memapah bahu ini?
Tika aku mati seluruh kanan,

Teman ….,
Mampukah engkau menjadi pendengar setia bagi ku?
Tika aku menceritakan mendung awan larat,

Aku bukan meminta untuk dikasihani,
Aku bukan menagih simpati,
Bukan niatku menyusahkan mu,
Cuma aku mahu untuk diberi sedikit ruang dihatimu,
Walau kita bukan berkasih,
Berilah aku sedikit rasa sayangmu,
Aku tetap menyayangimu lebih dari apapun,

Kerana sedikit rasamu itu teman,
Dapat kiranya menawarkan rasa perih ini,
Dapat melupakan seketika tarikhku,
Walau tika terbangun dari tidur yg mengembalikan rasa semalam,
Aku tetap begini menghitug kembali hari yg semakin berkurang,
Aku tetap akan merasa parasit yg memakan tubuh ini,
Kerana aku akan pergi bersama teman parasit ku ini,

-nukilan kherol81-




Tuesday, July 20, 2010

“Pusara”


Semua pasti,
Aku juga pasti,
Mereka juga mesti,

Tapi mengapa aku ketahui dahulu,
Dengki menyelubungi hati,
Fikir tidak cukup sedetik,
Normal tidak lagi hadir diri,

Dalam renyai hujan,
Aku menung sendiri,
Melodi desiran hujan aku dengari,
Kosong,

Lirik titisan memukul alam aku dengari,
Hiba,

Nyanyian itu utk aku?
Mengapa sulit makin tubuh ini,

Si merah O makin pekat,
Si kembar makin terasa pembesarannya,
Si kanan makin menggeletar paksi,

Aku makin resah,
Aku makin sakit disetiap pelusuk tubuh ini,
Degup jantung ini makin kencang tika terfikir tarikh ku,
Aku diam diri,

Sejenak aku terfikir perjalanan aku ke pusara,
Bagaimana,
Sunyi,
Sendiri,
Masihkah sepi,

Aku makin teringat pusara yg menanti,
Disitu mungkin aku tetap sunyi bersemadi menanti hari pasti,
Menunggu bangkitnya semula menghitung diri,

-nukilan kherol81-





“Lorong Yg Sunyi”


Aku bermula dengan kasih sayang,
Aku bermula dengan sentuhan nurani,
Aku bermula dengan semua yang dikecap,
Aku bermula dengan laluan titian batuan kukuh ,

Kini aku terdampar disatu lorong yg bercabang ranting,
Kini aku dijalanan yg penuh duri tetap kuderapkan tapak kaki,
Kini aku tersungkur hingga terluka pedih lutut dicalari pepasir,
Kini hatiku berderai bagai kaca jatuh sujud ke bumi,
Kini bagiku semua kurang pasti,
Kini aku lemas dengan lorong yg sunyi dilema kata janji manis yg tak bermakna lagi,

Aku bagai mutiara yg hilang di lautan dalam,
Tapi siapa akan menyelami lautan dalam utk menggamit butiran itu?,

Namun aku pasti semadi,
Kerana tak terjangka siapa yg bakal menempuh ombak bias gering,

Tapi jika ada sinar oleh lilin yg sanggup membakar diri,
Aku pasti lorong yg gelap bagiku pasti terang membawaku pergi,
Pimpinan kasih yg tidak membiar aku hanyut di lautan dalam,
Pimpinan kasih menyuluh lorong gelapku,
Pimpinan kasih membantuku membuang duri,
Pimpinan kasih membersih luka,

Insyaallah sebelum mata kedip tiada lagi,
Insyaallah sebelum tubuh tidak kuncam mati.

-nukilan kherol81-









Monday, July 19, 2010

“Warna”


Aku bermula,
Aku tetap bermula oleh antara dua insan yg ku kenali sejak dihembus roh ke aku,
Aku sudah tertulis olehNya warna2 untuk ku,
Aku juga sudah diketahui olehNya tambahan warnaku,

Mula aku dengan kecerahan si putih skrol kehidupan,
Satu permulaan yg dulunya bersih,
Satu gulung skrol yg perlu & akan dikhadkan oleh dua hati yg bersih,
Skrol yg dulunya dijaga baik oleh dua hati yg saling berkasih,
Dari detik mulanya dakwat cina dikhadkan ke skrol itu,
Kini segala warna kehidupan pelbagai warna telah terlukis


Hitam pekat dakwat itu bagiku amat tulus,
Si hitam itu juga melakar kalimah2 syahadah,
Si hitam itu juga melakar segala kalimah yg ku baca 30 juzuk,
Si hitam itu juga telah membuat aku ketahu semua nama2 Tuhanku,
Cerita yg terlakar oleh si hitam amat berharga bagiku menempuh perjalanan kealam lain,
Cerita yg terlukis oleh si hitam juga sebagai pegangan utk ku bertemuNya,
Siapa kata si hitam itu kematian,
Siapa kata si hitam itu musnah,
Siapa kata si hitam itu buruk,
Persetankan mereka semua,
Tinggalkan mereka semua,
Jangan dengar mereka yg mengherdik mu si hitam,
Aku tetap mengagogkan mu,
Kerana kamu antara warna kehidupan ku,
Walau kamu lukis pada skrol itu perih itu padaku,
Akan ku kenang jasamu si hitam,

Kini aku sudah mula disapu warna kehidupan ku,
Si tiga beradik Biru, Kuning & Merah,
Kamu juga aku perlu,
Kamu juga aku nanti,
Kamu juga aku rindu kini,
Kamu juga aku perlu semula kini,
Kerana kamu bertigalah yg dapat melahirkan semua warna2 yg lain,
Dari kamu juga aku dapat melahirkan segala rasa,
Dari kamu juga aku dapat merasa segala bibit2 yg hadir,
Dari kamu juga aku hadir teguh berdiri,
Dari kamu juga aku kenal alam ini,
Dari kamu juga aku mengerti kasih sayang dari dua hati,

Mengapa kini warna kehidupanku semakin kusam,
Mengapa tangan yg memegang berus melukis warna kini menggeletar,
Mengapa kini campuran warna ku makin tidak sekata,
Mengapa tangan yg mencampur warna kini tersalah kerahan,

Lukisan kini menjadi tidak kehendak diri,
Lukisan kini kurang menjadi,
Lukisan kini menjadi tidak dikenali,
Lukisan kini semakin perih,
Lukisan kini semakin susah,

Pasrah kini dengan kehendak ilahi,
Warnaku kini sudah mengurang,
Persis kabur melanda penglihatan,
Persis terbias dik mentari,
Persis lusuh dik mamah usang,
Persis kotor dik butiran hujan,
Persis percikan lumpur ditepi lelopak tanah,

Namun aku masih perhati skrol yg dilakar,
Aku berdiam diri ketika,
Aku jujur kendiri kembali,
Aku baran tika perih menyenggah tubuh ini,
Aku peramah tika ramai mengelilingi.l,
Aku nakal kini,
Aku comel persis semula,
Aku pelik tika sendiri,
Aku manja tika begini,
Aku merajuk tika dibahagi,
Kini aku lebih menjaga hati sekelilig,
Cuma aku tidak mahu bersendiri,
Aku takut gelap kini,
Aku takut disumpah tidak mengenali warna nanti,

-nukilan Kherol81-



Thursday, July 15, 2010

“Terserak”

Lukisan jiwa semakin lumpuh dik mamah hitungan,
Lukisan itu juga bakal terserak dik terik kesakitan,
Lukisan itu juga bakal luruh dik basuhan rintihan,
Lukisan itu juga akan hilang dik penglihatan persis kematian,

Hari ini lukisan makin kosong tidak berisi,
Hari ini semua kupasan hati makin terhiris oleh rasa perih,
Hari ini juga bertopengkan adiwira walaupun sebaliknya tangis sedih meruntun jiwa,

Semua lukisan silam bertepu kembali ketika kosong menyergah,
Sayu terasa mengenang kembali ketika kegemilangan si egois ini,
Masih terkenang rasa2 yg dulu selalu menghinggap aksara ini,
Seketika bagai bintang disyurga yg memberi setiap rasa,
Mengerdipkan diri bagai bercerita tentang diri pada mereka,
Walau kerdipan itu terhubung dik serakan cahayanya,
Namun dalamnya terkandung segala rasa,

Kini masih aku merasa angkuhku,
Terbang melayang hingga nun menjauh ingin lari dari semua kenangan,
Walaupun aku tahu sang langit akan menagkap aku dengan kepulan awan salju,
Sehingga aku terjatuh didataran luas bentangan leka,
Tapi bila semua ini tercipta untuk aku sedikit merasa segalanya,
Sekelip sahaja hilang bertukar derita yg aku perlu alami seketika cuma,
Bagai disumpah dewata selamaya,

Dalam lelap aku teruskan untuk mencari rasa itu lagi,
Ingin aku untuk mencari teman berbahagi rasa yg aku alami,
Tapi seperti yg tidak ada erti,
Aku harus sendiri menggenggam rasa itu sendiri,
Hingga aku lemas terserak bagai bintang disyurga itu lagi,

Namun aku tetap mencari lagi untuk menemani nanti,
Kini bukan seperti aku ini,
Walau seketika aku ketawa bersama mereka,
Walau aku ingin selamanya bersama mereka, 
Namun ragutan rasa itu kembali terjah rasa,
Dan buat aku kembali hilang rasa yg mula berkudup bangga,

Kini aku diam seketika,
Kini aku simpan keinginan seketika,
Kini aku sorok sejenak segala rasa,
Kini aku tutup seketika pintu untuk ditemani luka,
Kini aku kunci seketika kotak minda yg terbuka pada semua,
Kini aku bungkus seketika koran lukisan ku diceruk duka,
Kini aku ingin pimpin diri ini walau sendiri lara,
Kini aku cantumkan semula serakan seketika hati ini masih diselubungi sunyi melata….

-nukilan Kherol81-