Aku masih ingat kamu sejak aku mula mengenalimu,
Tika aku jatuh bangun,
Tika aku menapak persatu,
Tika aku bertatih dititian alam ini,
Tika aku masih merasa sakit ini,
Kaulah penyelamatku
Ada ketika kau ku lupa bila sang baru menerpa,
Tapi itu lumrah katanya,
Ada ketika aku buang mu bila engkau sudah diperlu tidak,
Tapi itu juga mereka kata lumrah,
Ada ketika kau sudah tidak aku perlu dek keadaan perihmu,
Tapi itu sudah semestinya lumrah,
Ada ketika engkau tidak lagi aku ingati dek rupamu,
Tapi semua cerita ini sudah menjadi lumrah,
Ya Tuhanku,
Dibenakku terfikir seketika dengan nasibku,
Adakah nasibku seperti sepatuku yg sudah menjadi lumrah alamMu,
Adakah aku akan dilupakan kerna perihku ini,
Adakah aku akan dipinggir disudut luka ini,
Adakah aku akan dilupa setelah aku tiada,
Kerana ini semua lumrah juga dialamMu bukan!,
Ya Tuhanku,
Jika lumrah ini akan aku alami diduniaMu,
Pinta ku janganlah ia berterusan diseketika bertemuMu,
Kini kerisauanku bertambah,
Kerana aku amat janggal dengan segala lumrah itu,
Kerana aku amat tertekan jika merasa lumrah itu,
Kerana aku amat melukut untuk tidak terima lumrah itu,
Sepatuku…..
Usah kau risau,
Kerana aku tetap mengingati mu,
Walau engkau telah jauh dipenglihatanku,
Walau engkau tidak disisi ku,
Walau engkau tidak dapat menyelamatkanku tika aku bergelut dengan tarikhku,
Namun engkau tetap didalam simpanan kotakku,
Kerana aku tidak pernah membuangmu,
Kerana aku akan bawa segala memoriku sepanjang bersamamu kealam lain nanti,
Kuharap kau masih setia dihati walau kita bukan sama kejadian,
Aku amat menghormatimu kerana perjuanganmu untuk ku,
-nukilan kherol81

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"