.

Tuesday, May 24, 2011

“Selamat jalan…..”

Harimu seperti biasa, Celik mata mu seperti hari-hari yg tampa derita,
Tawa mu yg berselang hilai ceria,
Teriakan mu yg berganti hela,
Senyum mu yg menempel segala cerita,
Ejekan mu yg disulam seri zaman kanak2 bermain sapa,
Berkejaran seperti biasa,

Namun sekelip mata,
Semua itu bertukar kesedihan,
Menyelubungi seluruh alam maya,
Melinagkan air mata semua yg bertaburan,
Meratap pemergianmu yg kesemua,

Akur dengan semua dugaan,
Benarkah kita hamba yg berdoa kepadaNya,
Adakah kita hamba yg bermunajat kepadaNya,
Masihkah kita hamba yg mengaku Dialah pencipta segala,

Namun begitu,
Berfikirlah sejenak,
Kerana ini telah ditentukan olehNya,
Untuk merasai seketika nikmat yg diberi olehNya,
Walaupun cara kita kembali kepadanya berbeza rupa,

Perjalanan mu yg tampa sesiapa,
Kini terputus dimaya yg penuh topeng cereka,
Walau perjalan melalui denai itu yg penuh perih menuju fana,
Namun kamu dijanjikan yg terbaik Oleh Nya disana,

Bersabarlah kepada yg tinggal,
Doa yg amat berharga buat mereka,
Semoga dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yg disayangiNya,

Al-Fatihah……

Nukilan kherol8i (23/5/11 2215pm)

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"