.

Monday, May 31, 2010

“Kunjungan…..”

Semalam ,
Kunjungan kembali,
Walaupun pedih tetap perlu,
Walau 31 May itu tetap hadir,

Semalam,
Kunjungan perlu,
Tetap perlu untuk ketahui,

Semalam,
Kunjungan pasti,
Keputusan “kembarku”,

Hasil ujian terdahulu dari si pekat merah darah "O",
Bakal ku ketahui,
Bakal ku teliti,
Bakal ku renungi,
Debar menghunus degup,
Laju persis ketakutan teramat,
Cemas bagai dikejar sangkekala,

Riak wajah sang berjubah putih seperti tiada perasaan,
Sambil membawa keputusan genggam ditangan,

Ikatan sampul dibuka cermat,
Kini aku berdua dengan,
Kini kami empat mata,
Kini interaksi mula,
Kini isi sampul terlerai,

Aku diberi pilihan,
Bila aku harus mula?
Bila aku harus terima?
Bila aku harus dihunus dengan “kimo” itu?
Bila aku harus mula rasa pedih?
Bila aku harus mula rasa panas tubuh ini?
Bila aku harus terima persatu rambut jatuh kebumi?

Semua pertanyaan harus aku jawab segera…
Sebelum memakan seluruh jiwa….
Sebelum mamahan terus ke pahit hempedu ini….
Sebelum kunjungan semula nanti…

-Nukilan kherol81-







“Pertanda…..”

Hari ini dugaanku terima lagi,
Tanggal 24 May ’10,
Mungkin peringatan & usikan seketika cuma untukku,
Salah satu inderaku dihentikan olehNya,
Aku mulanya hilang kawal fikiran,
Aku mulanya hilang pertimbangan,
Aku mulanya hilang perasan,
Mujurlah panduanku masih bertuju,

“Ya Allah….mujur aku tidak mati……” sempat aku pandu ke bahu jalan,
Sejenak aku terfikir,
“Inikah tanda mulanya rasa sentuhan mulus kiri ini akan hilang selamanya…”
“Inikah tanda peringatan yg telah aku lakukan dengan tangan kiri ini dulu…”
Semuanya berlegar di benak fikiranku,
“Ya Allah… aku mohon padamu…”
“Sabarlah dahulu….aku mahu guna pemberian Mu ini sedikit masa lagi…”
“Aku masih mahu melarik kata2 di kanvers maya ini…”
“Aku masih mahu mengetuk tekad ayat…”
“Aku masih mahu laku segalanya lagi…”

“Alhamdulillah….”

Rintihan & tangisan hamba dihujung lorong sayup didengar oleh Nya,
20 minit dikembalikan semula menurut perintahnya,
Syukur tidak terkata,
Aku perlu munajad kepadaNya,
Insyaallah…..

Aku kini lebih syukur dengan kurniaanNya….


-Renungkanlah :- “Segala pinjamanNya perlu disyukuri & diperguna dengan cermat, jangan dipersiakan…Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara yg bakal datang”


-Nukilan kherol81-

Monday, May 24, 2010

“Sudah suratan….."

Tanggal 24 May 2010……
Kiraan ku kian bertambah lagi,
Alhamdulillah usia “kami” bertambah menjadi angka 15,

Hari ini kehadiran aku telah diterakan bertemu sang berjubah putih,
Pertemuan ini kali ke5 setelah mengetahui pemberian Nya,
Aku telah meredhokan tubuhku untuk diselidiki lagi pada detik itu,
Aku tahu kembarku masih bernafas bersama,
Aku juga tahu apa yg bakal aku lalui,

Hasil selidik teknologi ketubuhku terurai oleh sang berjubah itu,
Aku tersentak seketika menerima kehadiran sahabat kembarku yg baru,
Setelah lebih sepurnama aku berkokok tidak menentu,
Kini radang menerpa peparuku,

Maha Esa sahaja yg mengetahui apa kurasa ketika itu,
Tidak terungkai isi benak,
Tidak mampu melontar seranah,
Tidak terusai kusut aksara,
Tidak terlerai calit perkataan,
Cuma yg mampu aku luah ….
Astarghfirullahhal'azim…..

Dugaan datang kembali,
Dugaan makin terisi dalam kantung rumbia ini,

Tabah, tabah, tabah…
Cuma itu nota kata yg dimuntahkan sang berjubah putih,
Tapi yg menerima muntahan kata itu tetap terkaku sedetik waktu,
Keluarnya aku dari Suit 21….
Langkahku sayu,
Langkahku kelu,
Langkahku pilu,
Langkahku seperti hilang tapak,

Aku perlu mencari ketenangan sebentar walau sang pembakar kulit tepat diatas,
Aku seperti memandu tampa tuju,
Tika itu aku perlu tenang,
Kaki ini masih menekan tombol entah kemana membawa diri,
Tuhanku bantu aku dengan petunjukMu!!!

Alhamdulillah petunjuk yg maha Esa membawaku ke sergaman baru pinggiran kota,
Sebelumnya sergaman ini jadi laluanku dihadapanya sahaja,
Tika itu aku tuju kesitu,
Mencari sudut tenang jiwa,
Aku mendapat ketenangan sejenak masa,
Lapang seketika,
Hilang kusut sementara,
Terlerai calit kata seketika,
Waktu sujud mengenang dosa,
Mengalir seketika butiran bak berlian jernih,
Sedar aku ini dugaanNya yg amat berharga,

Walau jauh dilubuk sunyi masih terasa hina diri,
Tapi lorong sunyi itu masih ada lagu,
Masih ada melodi,
Masih ada lirik yg perlu aku nyayikan,

Langkahku berpunca ketika,
Langkahku bertujuan mula,
Langkahku makin lebar melata,
Kakiku menekan tombol kini bertuju,

Terfikir kata2 sang berjubah putih,
Aku perlu tabah, tabah & tabah,
Saat ini aku masih tabah,
Alhamdulillah.........

-Nukilan kherol81-

Saturday, May 22, 2010

“Cinta…..”

Dunia perlukan cinta,
Setiap dihembus nyawa perlu cinta,
Setiap yg ada di hamparan Mu ada cinta,
Aku juga ‘bercinta”,

Cinta yg agong ku hanya pada Mu,
Cinta yg tidak perlu dinilai,
Dengan rasa cinta kau hembus nyawa pada hambamu ini,

Cinta yg jitu ku hanya pada orang tuaku yg perit jerih untuk ku,
Cinta orang tua ku amat dalam,
Cinta yg masih rasa hingga kini,
Cinta tidak berbelah bagi oleh mereka pada ku,
Cinta yg tulus,
Cinta yg murni,
Cinta yg tidak akan pupus,
Cinta abadi hingga denyut nadi terhenti,

Cinta yg tiada hujung hanya pada adik2 ku,
Cinta yg tiada siapa mampu putus,
Cinta yg erat antara ku bak jerut sauh dilautan hambatan dagang pukulan ombak menerkam,

Cinta yg seketika cuma adalah pada kasih,
Cinta pada yg bernama kekasih seketika cuma,
Cinta bagai satu jam sahaja,
Cinta yg buat jatuh air mata,
Cinta yg buat aku meratap pilu,
Cinta yg kini aku sudah ketepikan jauh,

Cinta yg mulus pada alam Mu,
Cinta yg akan aku tinggalkan seketika,
Cinta yg mampu aku rasa seketika,

Namun semua episode cinta ini abadi dalam lubuk hati kecilku,
Yg akan aku lunaskan seketika hela nafas,
Diwaktu nadi ini terasa denyutan,
Disaat mengalir lautan darah disetiap pelusuk arteri,
Dikala kudrat masih menguasai tubuh ini,
Sementara dapat melihat cahaya menyinari bumi,
Ketika cuma mataku pejam mati,

-Nukilan kherol81-

“Tinggal…..”


Terkadang aku teringat apa yg masih tinggal untukku,
Kasih sayang ayah emak infiniti jika dikira,
Pelukkan manja emakku masih erat & semakin erat kini,
Pimpinan tangan saudara kandungku amat kuat,
Ambil berat sahabatku masih cermat,

Tapi,
Kini aku yg tinggal tidak seberapa kira,

Keceriaan yg dulu,

Ketabahan yg dulu,

Kekuatan yg dulu,

Kelincahan yg dulu,

Karenah yg dulu,

Kemana semuanya?

Kemana perginya?

Aku masih perlu,

Mengapa sulit untuk ada?
Mengapa sulit untuk rasa?
Mengapa sulit segalnya kini?

Tak perlukah aku rasa itu lagi?
Tinggalkanlah pada ku sedikit rasa yg dulu!
Tolonglah!!!......... tinggalkan sedikit untukku!
Janganlah ambil semua!
Aku perlu itu semua!

Adakah Kau mahu tarik semuanya ?,
Adakah aku bersalah hingga ditarik semua ?,
Aku tahu aku sekejap saja !,


Tinggal….. Cuma itu ku pinta padaMu…….


-Nukilan kherol81-

“Rintihan pada Mu…….”


Aku amat mengharap ehsan pada Mu……
Amat memerlukan redho Mu……
Amat menagih kasih Mu…..
Amat menanti bantu Mu….
Amat merintih belas Mu….
Amat meminta restu Mu….
Amat merintih nasibku pada Mu….
Akan meratap, berdoa pada Mu….

Alhamdulillah,
Perjalananku dalam catatan Mu,
Seperti dapat melengkapi cebisan pengembaraan aku,
Mulanya Kau hembus ke rahim ibuku,
Berdenyut jantung tanda berada aku,
Gerakan aku mula terasa oleh emak ayah kerana aku yg pertama,
Dari gelap itu dapat aku rasa belaian kasih emak ayah ku,
Lelah emak mengusung kesana kemari tak terdengar oleh ku,
Hela ayah mengayuh basikal tidak ku dengar tika emak sambut pulang mencari rezeki,
Sungguh tulus kasih orang tua ku,
Sembilan bulan aku menunggu,
Emak ayah masih ceria menanti yg pertama,
Walau perih jerih menatangku,
Kini aku bakal melihat dunia,
Aku bakal disambut ramai keturunanku,
Kerana aku lelaki pertama dalam gerombolan sepupu,
Aku seolah dapat rasa kesakitan emak,
Kerisauan ayah,
Payah atok (panggilan untuk nendaku) menyambutku,
Keresah keturunanku mula bertukar emosi,
“Lihatlah dunia ini cucuku” teriak atok,
Aku seolah dapat membaca semua pertuturan mereka yg ada,

Kini aku lalui liku2 hingga kini bersama ayah emak hingga cukup ahli keluarga ku,
Ceria itu direntap tarikh keramat bagiku,
Juga tarikh merentap segalanya dariku “10 Mac 2010”,
Tarikh itu tak perlu disalahkan bukan,
Aku kira beruntug mengetahui sedikit waktu yg ada,

Kini aku mengatur persiapan,
Yg bakal menanti di barzakh,
Sebelum aku berangkat ke padang luas untuk diperhitung,
Yg menjadi penentu untukku syurga atau sebaliknya,
Aku juga harap aku tenang & damai dipusaraku,
Aku tahu kau berikan 28tahun yg panjang untuk aku merasa semua,
Cuma Kau ambil sedikit sahaja,
Aku amat merintih pada Mu mudahkan aku,



-Nukilan kherol81-

Friday, May 21, 2010

"Sedikit masa......."


Sedikit masa yg ada ini,
Aku khadkan diatas maya yg durja segala,
Aku tarikan jemari hunusan kata,
Aku pamirkan rahsia relung sengketa,
Aku takdirkan segala kata,
Yg kini menjadi diari harian cetusan aksara,
Kini teman akrabku maya,
Semakin sayu tuntas aku sendu,

Teringat aku dikala masa ceria,
Penuh ceria,
Gelak tawa sekeliling teman2,
Cerita bahasa sering berkeliaran,
Perutusan sering diceritakan,
Pertuturan berselang jamuan,
Tiap petikan diselang tawa ria,
Masa itu ku guna sepenuhnya,
Masa itu ku tidak sia,
Masa itu ku tari kata,

Kini,
Masa ku berbagi,
Tawa ria & muram durja,
Kenang segala saat indah lalu,
Aku merasa rapuh dalam jiwa,
Mungkin petanda perlu kembali padanya,
Mungkin petanda perlu muhasabah,
Mungkin petanda perlu hisab diri,

Sedikit masa ini aku perlu lakukan semua,
Sebelum terlambat masa meninggalkanku,
Sedikit masa yg harus diisi dengan semua tindakan,
Sebelum terlambat keputusan jitu,
Sedikit masa lagi yg perlu aku ceriakan hati,
Sebelum gumam membaluti hati lubuk sunyi,
Sedikit masa lagi tegak berdiri,
Sebelum tubuh membujur dingin,
Sedikit masa lagi menghisab diri,
Sebelum bertemu yg Esa nanti,

Masaku sedikit hitung kini,
Banyak mengajarku erti kenali diri,
Kasih, Cinta, Sayang, Titik berat,
Semuanya mulai ku peri,
Sementara masa yg sedikit ini,
Wajar aku begini?
Wajar aku begini!

Sedikit masa aku ini…………..

-Nukilan kherol81-

Wednesday, May 19, 2010

"Perlukah aku begini......."

Kini, disaat ini, diketika ini, diwaktu ini,
Hati aku bagai diragut alam,
Bagai sang hari menanti kedatangan sang penyiram alam,
Warna duka sentiasa mewarna aku muram jiwa,
Kini warna cahaya,
Kini warna ceria,
Kini warna kehebatan,
Kini warna perebutan,
Kini warna pertempuran,
Kini warna indah,
Kini semuanya kian pudar dicucur pancuran sang mentari alam,

Detik ini,
Gendang sudah berbunyi,
Petanda sang alam ingin memberi tahu akan menyiram alamNya,
Tiupan sepoi-sepoi bahasa mula terasa,
Sejuk sekeliling,
Nyaman sekeliling dengan bauan alam,
Kelam hari makin terasa,
Kawanan beburung terserak menerpa teduhan,
Bagai tahu sang Pencipta semakin marah,
Butiran jernih mula menerpa,
Satu persatu mula menapak,
Butir demi butir mula menghenyak,
Warna butir cantik bila banyak,
Warna butir bertambah cantik bila bertemu hamparan alam,
Salju melihat hamparan alam yg persis suka menerima pemberian,
Tapi sang hidupan masih boleh menerima kehadiran hujan,
Walaupun sejuk mencengkam ketulang,
Adakah meredhoi ketentuan & pemberianNya?

Sang alam semakin marah,
Menurunkan butiran mencurah-curah,
Tapi aku lihat hamparan masih tidak lelah,
Sang hidupan masih redho dalam kesejukan,

Kini lopak-lopak ajaib makin dipenuhi,
Kini hamparan mula digenangi ,
Rosak semua keindahan,
Rosak semua keceriaan,
Rosak semua kegembiraan,
Tapi sang hidupan masih redho,

Detik ini butiran mula kurang,
Kurang,
Kurang,
Dan terus mengurang,

Seperti permulaan hari,
Hamparan mula bernyawa kembali,
Hidupan mula membersihkan diri,
Semua mula meniti hari kembali,
Semua mulai baru,
Semua mulai mengira kembali,
Semu mulai bersiap menempuh yg mendatang,

"Perlukah aku begini.................."

-Nukilan kherol81-

"Kembarku....10 hari"

Hari ini kembarku berusia 10 hari,
Hari ini kembarku bernyawa,
Hari ini kembarku bermula,
Hari ini kembarku tidak menyia,
Hari ini kembarku sekali lagi beriaksi,
Hari ini kembarku berespon kali yg tak terkira,

Kembarku,
Kembarku jahat,
Kembarku parasit,
Kembarku pemangsa,
Kembarku menikamku,
Kembarku tidak membantu aku,
Kembarku menghancurkan aku,
Kembarku mahu aku luluh,
Kembarku mahu aku mati,

Aku dengki dengan orang lain,
Aku dengki dengan kembar yg lain,
Aku dengki dengan nikmat orang lain,
Aku dengki dengan kembar masing-masing,
Aku dengki dengan kembar yg saling membantu,
Aku dengki.........

Tapi
Perlukah kembarku disisi?
Perlukah aku dengki?
Perlukah aku diam?
Perlukah aku kuncam?
Perlukah aku gamam?
Perlukah aku pejam menghela diri?

Entah sampai bila......
Entah sampai mana......
Entah sampai kemana.....
Entah........


-Nukilan kherol81-

Monday, May 17, 2010

"Saksi........"


Terkadang teringat seketika bait rawak kekasihku dulu,
Disaat ku menuai lautan ketika lalu,
Mari ku cuba engkau dengarkan puisi yg dulu,
Akan aku tuaikan sebingkas bait lirik lagu sederhana kita itu,
Akan aku kisah tentang cinta kita dalam sendu,

Mari peluk tubuhku bila engkau sedang rapuh,
Disaat kau sedang mulai tersungkur jatuh,
Akan aku datang menyelamatkanmu terdahulu,
Kerna ini syurga yg kita bina & kerna tiada yang menguasainya kecuali kita,
Dan sebagai tempat kita bersandar dan bertahta bila beraja,

Aku harap engkau tenang sayang,
Kerna aku pasti akan datang,
Kau perlu yakin aku akan menjemputmu,
Sayangku kau tidak harus menangis lagi,
Mari aku hapuskan bening air matamu itu,

Kau juga harus meyakini ku tetap milikmu keakhir hayatmu,
Kau juga harus tenang sayang,
Kerna aku akan menepati janjiku itu,
Karna kau adalah wanita yg paling hebat disisiku,
Mari aku peluk tubuhmu dan matilah di pelukanku sayang,
Biarkan seluruh alam semesta saksi kau adalah milikku,

Kau juga perlu tenang sayangku, Akan aku sambut kepulanganmu,
Aku juga  meyakini engkau akan menjemputku diarasyi,
Sambil terukir senyuman mulus,
Memegang erat tanganku berdua disana......

Bertemu saksi yg Nyata.........

-Larikan kherol81-

Sunday, May 16, 2010

"Redhokanlah aku...."


Mendung tetap berlegar dalam senduku,
Tak ada siapa yg tahu,
Sendu, tangis, tawa dalam kalbuku,
Kusimpan sendiri tidak perlu ketahu,

Siang malamku sama suram,
Matahari bulanMu sama muram,
Sunyiku hingga air mataku bagaikan hujan dikala rencam,
Yang menitis didaunan keladi yg terkulai kuncam,

Jangan diri ini dibeza ketara,
Jangan diri ini dipaksa melara,
Jangan diri ini disisih beza,
Kerna aku juga sama diciptaNya,
Kerna aku juga dipentas tari yg sama direka olehNya,

Aku sedar diri tidak sempurna mana,
Aku sedar diri juga tidak bermasa tinggal cuma,
Aku sedar diri tinggal sekelip dilihat mata,
Aku sedar diri ini pinjaman sementara masa,

Biarku teruskan larikan maya melalui titian,
Biarku nyanyikan isi yg rentan,
Menjadi kenangan selepas terserak pinjaman,
Dapat dijadikan doa kalian bekalan dipadang pengadilan,

Pada mu insan ku harap setinggi harapan,
Pada Mu tuhan ku harap permudah urusan,

Redhokanlah aku……..
-Hak cipta Kherol81-

Wednesday, May 12, 2010

"4"

Alhamdulillah,
Aku masih dapat mengira 4,
Aku masih dapat lihat 4,
Aku masih dapat jenguk 4,
Aku masih dapat tulis pada 4,
Hooray.........

Pada hari ke-4 ini juga aku sudah tambah mereka yg tahu,
Pada hari ke-4 ini juga aku sudah tambah mereka yg ingin tahu aku,
Pada hari ke-4 ini juga aku sudah tambah mereka yg aku ingin tahu,
Pada hari ke-4 ini juga aku sudah tambah tenang sedikit ......

Aku titip 4 ini menjadi tatapan semua yg tahu aku kini.....

Tuesday, May 11, 2010

Kiraan hari ku

"3"

3 membuatkan aku resah,
3 membuatkan aku gelisah
3 membuatkan aku berdebar,
3 membuatkan aku tidak keruan,
3 membuatkan aku tersentak sejenak,
3 membuatkan aku terfikir seketika...... mengapa aku?....... kenapa mesti aku?........

Adakah 3 itu perlu?
Adakah 3 itu pasti?
Adakah 3 itu mesti?
Adakah 3 itu bererti?

Aku kini terfikir 3 yg ku sayang.... kedua orang tuaku & adik beradikku......Keceriaanku saat suka duka ku yg kian kurang.....sesuatu yg ingin aku capai dalam hidupku......

Aku juga terfikir tadi,
Masih bolehkah aku membilang selepag 3?
Masih adakah nombor selepas 3 bagiku?
Masihkah aku tebah menempuh selepas 3?
3............

Hari ke-3 aku mengetahui aku menerima pemberian tuhan yg perlu aku hadapi walaupun perit, sakit yg akan kutempuh sebelum maya ini aku tinggalkan..........

Friday, May 7, 2010

Sunyi........

Sunyi,
Aku tetap sunyi,
Dalam gembira aku masih sunyi,
Dalam ketawa aku tetap sunyi,
Dalam bercerita aku masih memikirkan sunyi,
Dalam senda masih ada ruang yang sunyi,
Dalam ketenangan masih aku dirundung sunyi,

Kenapa.. kenapa.. kenapa.......
Adakah aku kurang sempurna?
Adakah aku masih tidak perlu untuk sempurna?
Adakah hari-hari aku perlu untuk bertopengkan sempurna?
Adakah detik ini aku harus mencari sempurna?

Aku keliru dalam kesunyian ini.....
aku terlalu memikirkan orang lain agar mereka tersenyum hingga aku sedih sendiri.....
Entahlah mengapa, hari-hariku begini.......