Mendung tetap berlegar dalam senduku,
Tak ada siapa yg tahu,
Sendu, tangis, tawa dalam kalbuku,
Kusimpan sendiri tidak perlu ketahu,
Siang malamku sama suram,
Matahari bulanMu sama muram,
Sunyiku hingga air mataku bagaikan hujan dikala rencam,
Yang menitis didaunan keladi yg terkulai kuncam,
Jangan diri ini dibeza ketara,
Jangan diri ini dibeza ketara,
Jangan diri ini dipaksa melara,
Jangan diri ini disisih beza,
Kerna aku juga sama diciptaNya,
Kerna aku juga dipentas tari yg sama direka olehNya,
Aku sedar diri tidak sempurna mana,
Aku sedar diri tidak sempurna mana,
Aku sedar diri juga tidak bermasa tinggal cuma,
Aku sedar diri tinggal sekelip dilihat mata,
Aku sedar diri ini pinjaman sementara masa,
Biarku teruskan larikan maya melalui titian,
Biarku teruskan larikan maya melalui titian,
Biarku nyanyikan isi yg rentan,
Menjadi kenangan selepas terserak pinjaman,
Dapat dijadikan doa kalian bekalan dipadang pengadilan,
Pada mu insan ku harap setinggi harapan,
Pada mu insan ku harap setinggi harapan,
Pada Mu tuhan ku harap permudah urusan,
Redhokanlah aku……..
Redhokanlah aku……..
-Hak cipta Kherol81-

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"