Tanggal 24 May ’10,
Mungkin peringatan & usikan seketika cuma untukku,
Salah satu inderaku dihentikan olehNya,
Aku mulanya hilang kawal fikiran,
Aku mulanya hilang pertimbangan,
Aku mulanya hilang perasan,
Mujurlah panduanku masih bertuju,
“Ya Allah….mujur aku tidak mati……” sempat aku pandu ke bahu jalan,
Sejenak aku terfikir,
“Inikah tanda mulanya rasa sentuhan mulus kiri ini akan hilang selamanya…”
“Inikah tanda peringatan yg telah aku lakukan dengan tangan kiri ini dulu…”
Semuanya berlegar di benak fikiranku,
“Ya Allah… aku mohon padamu…”
“Sabarlah dahulu….aku mahu guna pemberian Mu ini sedikit masa lagi…”
“Aku masih mahu melarik kata2 di kanvers maya ini…”
“Aku masih mahu mengetuk tekad ayat…”
“Aku masih mahu laku segalanya lagi…”
“Alhamdulillah….”
Rintihan & tangisan hamba dihujung lorong sayup didengar oleh Nya,
20 minit dikembalikan semula menurut perintahnya,
Syukur tidak terkata,
Aku perlu munajad kepadaNya,
Insyaallah…..
Aku kini lebih syukur dengan kurniaanNya….
-Renungkanlah :- “Segala pinjamanNya perlu disyukuri & diperguna dengan cermat, jangan dipersiakan…Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara yg bakal datang”
-Nukilan kherol81-

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"