.

Saturday, May 22, 2010

“Rintihan pada Mu…….”


Aku amat mengharap ehsan pada Mu……
Amat memerlukan redho Mu……
Amat menagih kasih Mu…..
Amat menanti bantu Mu….
Amat merintih belas Mu….
Amat meminta restu Mu….
Amat merintih nasibku pada Mu….
Akan meratap, berdoa pada Mu….

Alhamdulillah,
Perjalananku dalam catatan Mu,
Seperti dapat melengkapi cebisan pengembaraan aku,
Mulanya Kau hembus ke rahim ibuku,
Berdenyut jantung tanda berada aku,
Gerakan aku mula terasa oleh emak ayah kerana aku yg pertama,
Dari gelap itu dapat aku rasa belaian kasih emak ayah ku,
Lelah emak mengusung kesana kemari tak terdengar oleh ku,
Hela ayah mengayuh basikal tidak ku dengar tika emak sambut pulang mencari rezeki,
Sungguh tulus kasih orang tua ku,
Sembilan bulan aku menunggu,
Emak ayah masih ceria menanti yg pertama,
Walau perih jerih menatangku,
Kini aku bakal melihat dunia,
Aku bakal disambut ramai keturunanku,
Kerana aku lelaki pertama dalam gerombolan sepupu,
Aku seolah dapat rasa kesakitan emak,
Kerisauan ayah,
Payah atok (panggilan untuk nendaku) menyambutku,
Keresah keturunanku mula bertukar emosi,
“Lihatlah dunia ini cucuku” teriak atok,
Aku seolah dapat membaca semua pertuturan mereka yg ada,

Kini aku lalui liku2 hingga kini bersama ayah emak hingga cukup ahli keluarga ku,
Ceria itu direntap tarikh keramat bagiku,
Juga tarikh merentap segalanya dariku “10 Mac 2010”,
Tarikh itu tak perlu disalahkan bukan,
Aku kira beruntug mengetahui sedikit waktu yg ada,

Kini aku mengatur persiapan,
Yg bakal menanti di barzakh,
Sebelum aku berangkat ke padang luas untuk diperhitung,
Yg menjadi penentu untukku syurga atau sebaliknya,
Aku juga harap aku tenang & damai dipusaraku,
Aku tahu kau berikan 28tahun yg panjang untuk aku merasa semua,
Cuma Kau ambil sedikit sahaja,
Aku amat merintih pada Mu mudahkan aku,



-Nukilan kherol81-

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"