Dalam bulan mulia ini,
Aku cuba muhasabah diri,
Dalam bulan mulia ini,
Aku masih merangkak mengerjakan ibadah kembali,
Dalam bulan mulia ini,
Aku terus mengerjakan tuntutan ini lagi,
Walau tubuh ini masih seperti baru mengerti Ramadhan itu,
Namun aku perlu rasainya,
Takut nanti tiada lagi untukku,
Tinggalkan semua rasa,
Aku mengerti tubuh ini seperti dipaksa tuli,
Bermula dengan sesudu bubur likat berulamkan secangkir susu,
Berakhir dengan menu yg lebih kurang sama disubuh tadi,
Namun perlu dipaksa walau berlinangan kekaca tulus itu,
Kerana tidak seperti dulu yg jamahan berbagai,
Kini ramadhan sudah yg ke-8 menjelma,
Rasa yg amat menduga aku,
Aku terus melaluinya walau tubuh semakin menyusut hingga,
Aku redho dengan segala ujian Mu,
Mungkin ujian ini untukku telah disurat,
Sememangnya aku akur dengan ketentuan,
Aku mengharap jika rasa ini tidak untukku nanti,
Aku aman & tenang disana nanti,
-nukilan kherol81-

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"