.

Wednesday, September 15, 2010

“Ramadhan bakal pergi….”

Tahun ini Ramadhan bakal lengkap olehku,
Walau bilangan kurang 30 olehku,
Insyaallah akan aku ganti secepat mungkin dahulu,
Sebelum masa meninggalkan aku,

Tahun ini Ramadhan amat bermakna untukku,
Kerana segala rasa bercampur satu,
Rasa yg mungkin tidak akan kembali,
Namun itu tetap aku lalui,

Tahun ini Ramadhan amat payah padaku,
Kerana aku lesu sendu,
Namun begitu aku mahu meneruskan ibadah itu,
Kerana takut Ramadhan tidak akan kembali untukku,

Ramadhan bakal pergi,
Tinggalkan aku dengan kenanganku untuk tahun ini,
Suka duka aku hadapi,
Perit getir aku lalui,
Susah senang aku hampiri,
Setiap detik aku rasai,
Semua emosi bergelumang mengelilingi,
Segala persiapan Syawal kami sekeluarga ulangi,

Namun aku tetap akur dengan ketetapan ilahi,
Yg datang pasti pergi,
Begitu jugalah aku ini,
Yg bakal ketahu hari-hariku kini


-nukilan kherol81-

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"