.

Wednesday, September 15, 2010

“Ramadhan kembali lagi…..”

Engkau datang lagi,
Aku kenalimu sejak dunia ini segar untukku,
Aku kenalimu sejak lakaran ini dimenangerti,
Aku kenalimu sejak fana ini bersahabat denganku,

Aku mengerti tujuanmu,
Aku mengerti untuk patuh arahanNya,
Aku mengerti dimana perlu adamu,
Aku mengerti segala hukum ditetap olehNya,

Tahun ini aku mulakan lagi,
Tahun ini aku mencuba lagi,
Namun tahun ini amat berbeza nanti,
Kerana tubuh ini perlu menyesuai kembali,

Mungkin nanti perlu muhasabah lagi,
Tubuh ini perlu dibiasa kembali,
Bertatih sepeti dulu mengenali,
Untuk mendakap segala cabaran getir nanti,

Insyaallah aku pasti,
Insyaallah aku mengerti kembali,

-nukilan kherol81-

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"