.

Tuesday, October 19, 2010

“Hamba sendu….”

Ramai manusia di hamparanNya,
Tapi berbagai cara,
Berbagai gerak terpancar seri,
Berbagai gaya yg tersendiri,
Berbagai mungkin rasa yg hadir peri,
Berbagai tuju mencari jawapan yg mungkin pasti,
Berbagai musabab sentiasa bertuju & seni,

Yang datang sehelai sepinggang,
Yang pergi cuma bersama adunan segumpal benang,
Yang berhenti sebelum sempat memegang belulang,
Yang terpaksa meneruskan sehasta harapan di hunus pedang,
Yang meluru didalam pencarian tampa kompas ditangan membilang,
Yang mendabik diri walau keawan dijulang,

Itu resmi sang pendakap mimpi,
Yang bermuram tika hati sepi,
Meraung pasti secarik ketabahan diri,
Membidik busur yg entah munkin berpaksi,

Tujuh petala yg hampir pasti,
Menjerut ingatan yg belum hampir pergi,
Membilang kekisi bagai hilang tiada lagi,
Mencari tumbuh untuk pengganti azali,

Mujur lantai berpasak si jati,
Tanda yg pasti menarik bukan halangan si ombak gunung kuncam,
Mentari terik mustahil berganti si bebutir salji,
Pasti sulaman jejambat penyambung antara rabung alam ,
Hitung langkah menjadi sedari,
Panjatan keramat menjadi perantara rentan terperam,

Riwayat usah dihitung,
Kerana “hamba” bukan “hina”,

-nukilan kherol81 (22:40pm 16/10/10)

“Airmata…..”

Mengalir jutaan rasa,
Mengalir tampa sekat teriak,
Mengalir sumpah dahulu ketara,
Mengalir segala tertera keriuk peta,
Mengalir hunus deria,
Mengalir emosi seorang hamba,
Mengalir kamu bukan hina,
Mengalir kamu juga tidak belas semata,

Jika kamu dinilai setahil emas,
Mereka salah tafsir,

Jika kamu dinilai secangkir teh,
Mereka tetap salah tafsir begitu,

Jika kamu dinilai dengan segala yg dialam,
Mereka bodoh berkata begitu,

Kerana kamu adalah tulus,
Kerana kamu tetap ikhlas,
Kerana kamu masih suci,
Kerana kamu adalah kendiri,

Kamu,
Lahir tidak berayah ibu,
Hadir tidak dipinta serta dijemput,
Terbit tidak diwujudkan untuk menyinar,
Terjah tidak untuk perhatian semua,

Mengalir kamu mewarnai lakaran aku………

-nukilan kherol81 (19:50 10/10/10)

“Semilir sendu…….”

Setiap detik kau melata,
Setiap minit kau menhgirup udara,
Setiap jam kau masih ada,
Setiap masa kau tetap dihampar sulaman rata,

Aku ingin menari seperti kamu,
Berada dihamparan alam tetap bertahan,
Berganti debaran tetap berdepan teguh menepis seru,
Masih seraya tersenyum tidak bernafsu ego setiap keadaan,

Aku ingin berkata-kata seperti kamu,
Berdoa kepada Tuhanmu tidak peduli sekeliling temu,
Menagih trilogi alam walau sendu bakal datang menuju,
Kamu tetap teguh berdeklamasi melarik alam yg kian keliru,

Aku ingin teguh seperti kamu,
Menidakkan segala yg membenci dek durimu kejadian,
Persetankan si benci akan dirimu yg melata kelu,
Hanya ingin meneruskan versi dirimu yg dicipta dikalangan ciptaan,

Pujian aku tetap tulus pada kejadian mu,
Kerana kamu juga perlu dialamNya ini juga,
Seperti aku memerlukan hirupan dari hembusan kamu,
Kita saling memerlukan walau lain ciptaan yg tidak terhingga,

-nukilan kherol81 (18:40 10/10/10)



“Suria…..”

Doa dititip menjadi harapan,
Doa dititip mengharap keredhoan,
Doa dititip menanti keindahan,
Doa dititip jutaan kemanisan,

Harapan hitungan suram berganti benderang,
Begitulah harapan seorang insan kerdil membilang kenangan,
Menjulang keramat yang mentah dihalang,
Melarik terang awan gemilang,

Selangkah menjulang serang penghalang,
Juta menutup terang tetap terserak berderai,
Susunan jerami usang terbentang bendang,
Jelujur benang berkait menjadi turutan menyusuri sebesar denai,

Begitu lumrah lukisan alam,
Menggamit semilir setiap berjisim,
Begitu diatas terkadang kandas tenggelam,
Mengingat diri tentang hikmat yg terpendam,

Getir perih silir berganti hingga keakhir detik,
Hunus diri dek suratan dikatakan azali,
Terjah diri yg masih sendu tangisan pekik,
Dikata hadiah yg tidak semua dapati,
Namun redho masih pancar suram terik,
Menanti senyuman sapaan suria pagi,

Senyuman aku harap hingga ke saatku nanti,
Jangan dinilai segala periku yg berganti suram,
Ku susun jemari tunduk menghamba diri,
Moga segala hajatku ditunai kembali seperti semalam,

Kepada sahabat yg sentiasa erat,
Kuharap doamu penyeri keramat,
Bukan kutagih segala keringat,
Cuma senyuman dan doa tulus secangkir kelumat,

-nukilan kherol81 (20:58 8/10/10)



“SEPI datang kembali…..”

Sepi,
Kini mencengkam lagi,
Kini hadir diri seperti rintik hujan yg datang & pergi,
Kini masih menagih saat warna2 hati dilakar seri,
Kini memenuhi pundak hati yg kian bertaut peri,
Kini melangsaikan segala pertaruhan dihamparan fana ini,

Sepi datang tidak memberi amaran,
Mencaturkan singgah yg ditawarkan secupak sunyi,
Ketagih yg dulu rasa diperuk sendiri disudut rentan,
Suntuhan sepi yg kini rasa segunung tinggi,

Sepi sendiri hadir kamu sederap alam,
Pulang berkawan denganku bagai lama keseberang rindu,
Menyapa aku kembali persis berkurun pergi,
Mengajakku menemanimu hingga kesana,

Sudah kesekian kalinya aku ingin mejauhimu,
Namun kamu tetap hadir diri,
Akukah pilihan untukmu uji segala?
Akukah hamba untukmu kerah membajak hamparan ceria?
Akukah labu yg perlu kamu penuhkan dengan penghilang dahaga terik?
Akukah kotak muzik yg perlu sentiasa memuntah melodi kasih padamu?
Akukah andang untukmu menerangi lorong sunyi?
Akukah ambal empuk untuk tidurmu nyenyak?
Akukah segalanya untukmu?

Seketika kamu perlu hadir,
Namun hadirmu harus aku undag,
Bukan niatku menjauhi kamu seperti semlier,
Kerana aku masih belum bersedia bertemu beradu kenang,

Susah hatiku menerima kamu datang,
Mengusutkan kembali simpulan sutera bebenang,
Akibat pincang lubuk yg terang,
Berbelah bahagi hati yg dahulunya merasa tenang,

Episode sepi kini kembali,
Menjengah jendela hati yg sebelumnya terbuka untuk si ceria alam,
Tidak teringat kekasih lama bakal kembali,
Kerana terlupa dek lukisan seri yg meutup segala kelam,

Jika aku ditakdir berpasang denganmu,
Aku redho,

Jika aku perlu mati denganmu,
Aku juga redho,

Jika aku segalanya ketetapanmu,
Aku juga redho,

Emmmppphhhhhh……

-nukilan kherol81 (29/9/10 14:43pm)