.

Tuesday, October 19, 2010

“Airmata…..”

Mengalir jutaan rasa,
Mengalir tampa sekat teriak,
Mengalir sumpah dahulu ketara,
Mengalir segala tertera keriuk peta,
Mengalir hunus deria,
Mengalir emosi seorang hamba,
Mengalir kamu bukan hina,
Mengalir kamu juga tidak belas semata,

Jika kamu dinilai setahil emas,
Mereka salah tafsir,

Jika kamu dinilai secangkir teh,
Mereka tetap salah tafsir begitu,

Jika kamu dinilai dengan segala yg dialam,
Mereka bodoh berkata begitu,

Kerana kamu adalah tulus,
Kerana kamu tetap ikhlas,
Kerana kamu masih suci,
Kerana kamu adalah kendiri,

Kamu,
Lahir tidak berayah ibu,
Hadir tidak dipinta serta dijemput,
Terbit tidak diwujudkan untuk menyinar,
Terjah tidak untuk perhatian semua,

Mengalir kamu mewarnai lakaran aku………

-nukilan kherol81 (19:50 10/10/10)

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"