Sepi,
Kini mencengkam lagi,
Kini hadir diri seperti rintik hujan yg datang & pergi,
Kini masih menagih saat warna2 hati dilakar seri,
Kini memenuhi pundak hati yg kian bertaut peri,
Kini melangsaikan segala pertaruhan dihamparan fana ini,
Sepi datang tidak memberi amaran,
Mencaturkan singgah yg ditawarkan secupak sunyi,
Ketagih yg dulu rasa diperuk sendiri disudut rentan,
Suntuhan sepi yg kini rasa segunung tinggi,
Sepi sendiri hadir kamu sederap alam,
Pulang berkawan denganku bagai lama keseberang rindu,
Menyapa aku kembali persis berkurun pergi,
Mengajakku menemanimu hingga kesana,
Sudah kesekian kalinya aku ingin mejauhimu,
Namun kamu tetap hadir diri,
Akukah pilihan untukmu uji segala?
Akukah hamba untukmu kerah membajak hamparan ceria?
Akukah labu yg perlu kamu penuhkan dengan penghilang dahaga terik?
Akukah kotak muzik yg perlu sentiasa memuntah melodi kasih padamu?
Akukah andang untukmu menerangi lorong sunyi?
Akukah ambal empuk untuk tidurmu nyenyak?
Akukah segalanya untukmu?
Seketika kamu perlu hadir,
Namun hadirmu harus aku undag,
Bukan niatku menjauhi kamu seperti semlier,
Kerana aku masih belum bersedia bertemu beradu kenang,
Susah hatiku menerima kamu datang,
Mengusutkan kembali simpulan sutera bebenang,
Akibat pincang lubuk yg terang,
Berbelah bahagi hati yg dahulunya merasa tenang,
Episode sepi kini kembali,
Menjengah jendela hati yg sebelumnya terbuka untuk si ceria alam,
Tidak teringat kekasih lama bakal kembali,
Kerana terlupa dek lukisan seri yg meutup segala kelam,
Jika aku ditakdir berpasang denganmu,
Aku redho,
Jika aku perlu mati denganmu,
Aku juga redho,
Jika aku segalanya ketetapanmu,
Aku juga redho,
Emmmppphhhhhh……
-nukilan kherol81 (29/9/10 14:43pm)

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"