Setiap detik kau melata,
Setiap minit kau menhgirup udara,
Setiap jam kau masih ada,
Setiap masa kau tetap dihampar sulaman rata,
Aku ingin menari seperti kamu,
Berada dihamparan alam tetap bertahan,
Berganti debaran tetap berdepan teguh menepis seru,
Masih seraya tersenyum tidak bernafsu ego setiap keadaan,
Aku ingin berkata-kata seperti kamu,
Berdoa kepada Tuhanmu tidak peduli sekeliling temu,
Menagih trilogi alam walau sendu bakal datang menuju,
Kamu tetap teguh berdeklamasi melarik alam yg kian keliru,
Aku ingin teguh seperti kamu,
Menidakkan segala yg membenci dek durimu kejadian,
Persetankan si benci akan dirimu yg melata kelu,
Hanya ingin meneruskan versi dirimu yg dicipta dikalangan ciptaan,
Pujian aku tetap tulus pada kejadian mu,
Kerana kamu juga perlu dialamNya ini juga,
Seperti aku memerlukan hirupan dari hembusan kamu,
Kita saling memerlukan walau lain ciptaan yg tidak terhingga,
-nukilan kherol81 (18:40 10/10/10)

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"