.

Thursday, August 5, 2010

“Kembali......”


Aku mahu kembali pada sang jiwa yang masih suci,
Pada polosnya diri yg masih peri hati,
Pada si naifnya perasaan yg masih indah terasa dulu lagi,
Setiap nafas yg dihela diisi dengan cinta pada sang pencipta Ilahi,

Aku mahu kembali lagi,
Untuk mengubah titik noda hitam menjadi si mutiara hati,
Menatang si ibu dengan penuh rasa kasih yg suci,
Mengajar diri ini menjadi hamba mukmin yg sentiasa kenali diri,

Aku mahu kembali lagi,
Merasa lagi erti syurga rumah yg dulu berseri,
Yang masih diselimuti dengan segala cinta hati,
Dapat mengelak dari neraka dunia yg perih ini,
Adakah tempatku bukan di sini,
Bagai disebalik ruang yg dikelilingi jaluran besi,
Aku jadi dungu tidak kenali diri,

Aku mahu kembali,
Terus mengucup yg sentiasa rela memayungiku
Adakah aku bersalah,
Pada dia yang tidak bosan membesarkanku,
Pada dia yang tidak kenal payah mendidikku
Pada dia yg aku berhutang dengan segala perih itu,
Pada dia yang kini bagai terdampar dipukul ombak biru,
Yg terpinggir penuh hina oleh puing2 pilu,

Aku mahu kembali,
Kembali terus membaja rindu yg dulu,
Terus mewarnai segala yg indah cerita peri,
Mampir ntuk mencipta kenangan indah luku,
Masihkah aku takkan biarkan semua lagi,
Membuatkan adrenalinku memuncak tak semena2 serbu,
Disitu syaitan merasuki minda mengata gila antologi,
Yang mana akhirnya aku yang terpana dik sunyi sepi,

-nukilan kherol81-



No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"