Kalaulah airmata jantan ku ini berharga,
Maka akulah insan yang paling kaya,
“Ungkapan bersahaja yang bisa mengingatkan aku betapa bernilainya setiap titis airmata yang keluar dari mata ini”
Aku memang seorang yang pemurah,
Pemurah dengan air mata,
Walaupun hanya sekadar bergelar saudagar si air mata,
Yang hanya perlu mengeluarkan airmata untuk ditukar dengan sekeping duit kertas,
“Kiranya air mata itu berharga dalam bentuk ringgit pastinya sekarang aku telah menjadi seorang yang kaya raya”
Terkadang aku terfikir mungkin,
Barangkali lelakilah paling miskin dengan airmata,
Paling miskin dengan nuansa emotional,
Fitrahkah atau lelaki terdidik dengan background yang membentuk watak keperibadiannya,
Mungkin dalam kehidupan seorang lelaki
Airmata itu satu kelemahan,
Sehingga terkadang amat terdesak untuk ku keluarkan airmata ini,
Terpaksa ku tahan hingga sebak tidak bernafas,
Aku tak tahu kenapa airmata menjadi musuh bagi lelaki sehingga aku ingin belajar apa itu airmata,
Aku tidak dapat membezakan,
Mana airmata gembira sedih atau duka,
Sungguh rumit untuk ku mengungkapkan makna airmata berdasarkan timbangan akal,
Semata sehingga aku bertanya apa sebenarnya rahsia airmata,
Dan malam ini,
Terjawab oleh ensiklopedia kehidupan serta kekayaan pengalaman yang kuteguk,
Setelah banyak masa yang aku habiskan bersama airmata,
Sedikit demi sedikit mula aku fahami,
Sebenarnya airmata terlalu mahal untuk dinilai,
Kerana airmata mereka adalah airmata kehidupan,
Airmata kekuatan,
Airmata yang peka dan kasih,
Airmata aku adalah bersumber dari mataair kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan perkara yang mengusik hati nurani,
Tangisan ini bukanlah tangisan yang berpura2 tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang aku miliki,
Aku mengerti sekarang bahawa aku berfikir dengan hati dan meraba dengan fikiran,
Airmata yang akan terus menitis hingga membasahi hati sebagai cermin dirik,
Lantas menumbuhkan ketulusan cinta yang luar biasa,
Kenapa aku tiba2 menulis tentang ini,
Jawapanya mudah,
Kerana airmata milikmu yang menguatkan,
Aku menongkah kehidupan peribadi dan komuniti sekeliling yang penuh dengan tinta dunia yang entah bila akan terkubur,
Penuh kesedihan,
Penuh kelukaan yang sukar disembuhkan,
Dan penuh dengan kesayuan yang terlalu bisa membuatkan aku rebah ke tanah ini,
Aku gagahi untuk kembali dan terus berdiri,
Aku mengakui,
Aku merasa tersangat janggal untuk menulis dengan cara begini,
Seakan aku lupa dengan bahasa penjajah yang sering aku gunakan,
Pelajaran ku dulu yg lain dari ini,
Mungkin inilah sebuah impak dari setitis airmata,
Kepada yang menjengah tulisanku ini,
“Buangkanlah keegoan dalam dirimu yang menebal supaya airmata yang kamu titiskan itu menjadi mutiara keikhlasan yang mewariskan sebuah kekuatan dan yang turut ada kesabaran didalamnya bagi kamu meneruskan percaturan langkah yang masih belum bisa kamu ketahui dimana pengakhirannya”
Dan akhirnya,
Aku berani mengatakan bahawa,
Tanpa airmata,
Pasti dunia akan berduka,
Dan sebuah kamus kehidupan takkan ada kisahnya,
Dan aku tidak akan merasa malu untuk menyatakan pada kalian yang seorang lelaki juga akan menangis walaupun jiwa ADAM yang diketahui kental dan kuat berada dalam diri,
Dan disaat itu juga aku mula belajar menangis,
Kerana titisan itu adalah pengertian dan jawapan pada sebuah pencarian,
Dan terima kasih kepada insan itu yang banyak mengajar dan meyakinkan untuk jemari aku menaip benda ini,
Biarpun diawal perkenalan kami hanya di dunia siber,
Tapi dia bisa membawa aku berada dalam ruang yang sama,
Moga apa yang aku cuba nyatakan dapat memberi sedikit palitan di naluri kamu dan anda yang membaca ini tanpa adanya sebarang perbezaan.
Wassalam….
-nukilan kherol81-

No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"