Dingin dan sepi menguliti segenap ruang sempit ini,
Ditiup penyejuk malam sambil kekangan sendiri,
Tanpa kicau burung serta hiruk alam,
Yg keluar dari kotak harian,
Tanpa irama merdu sebagai halwa telinga,
Yg lahir dari serombong melodi,
Mahupun semilir angin tidak bisa lagi aku rasakan,
Seperti biasa yg hadir,
Aku pejamkan mata seketika membayangkan keindahan dunia luar,
Walau semalam aku telah ditidurkan seketika,
Dipaksa pejam oleh sekumpulan dewa2 berjubah hijau,
Menghilang sakit seketika dikelar,
Namun aku masih sedar perih,
Masih terlintas benak diri,
Alam yg luas dan bebas,
Namun keindahan itu sering diduga dek peristiwa getir yg menyeret diriku ke ruang ini,
Derita yg menyeret aku muhasabah lagi,
Derita yg menyebabkan aku kemari lagi baring dikatil ini,
Tempat yg amat digeruni oleh setiap manusia bebas untuk menetap disini,
Aku bagai laksamana yg gagah bertempur dengan busur & hunusan pedang,
Namun aku redho dengan segala ini,
Betapa aku terhenyek oleh lara dihimpit ruang sesempit ini,
Betapa aku di kelar dengan pisau si jubah hijau,
Aku hilang kebebasan dikala rantaian simanis yg mengukir senyuman,
Malah pernafasanku hampir tersekat di daerah asing ini,
Dik alat bantuan pernafasan,
Inikah takdir yg telah mencernakan hidup aku dilingkari kesilapan?,
Adakah kekhilafan sebagai manusia dan juga hamba kerdil?,
Jari aku seakan sayu melarik suatu luah rasa pada cebisan kertas usang,
Berbicara tentang kekesalan di balik bait kata,
Mungkin aku mahu kirimkan puisi picis ini buat mereka yg dikenang,
Juga yg masih setia menunggu aku di dunia sana,
Apa sahaja judul yg barangkali tersangat sesuai,
Jari terus dilarik ke noktah akhir,
Sebelum mata ingin pejam seketika,
Menghela letih dek jerih semalam,


No comments:
Post a Comment
"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"