.

Thursday, August 12, 2010

“Tinggal sayang…..”

Ketika nota ini kau baca,
Kebahagiaan yg aku mimpikan itu telah retak bersama harapanku,
Sejuta memori yg kita lewati kukuh sepanjang kehidupanku,
Tidak pernah aku melupakanmu walau sesaat,
Tidak pernah terpadam semua memori itu di layar kenanganku,

Andai aku diberi pilihan,
Aku ingin sehidup semati bersamamu,
Sesuci cinta Shah Jehan kepada Mumtaznya,
Seagung kasih Romea dan Juliet yg sanggup mati kerana cinta,

Walau puas aku cuba menyembunyikan penderitaanku,
Aku tahu suatu hari nanti getaran itu akan bergetar di jiwamu,
Perpisahan ini memang satu kepastian,
Namun cintaku padamu satu keabadian,

Walau ianya melangkaui batasan,
Aku tidak lari darimu,
Biarpun berabad lamanya aku tetap ingin bersamamu,
Takdir telah meletakkan aku di sini,

Sedarlah,
Cinta tidak pernah menjanjikan apa-apa,
Ia berlaku dgn indah dan mungkin berakhir dgn sebuah perpisahan perit,
Seperit yg aku alami,
Andai kau tahu akulah yg telah mengorbankan kebahagiaanku hanya untuk dirimu,
Bagai aku terkorban dek perih ini,

Maafkan diriku,
Mungkin aku pernah melakukan kesilapan,
Mungkin aku lupa apa kesilapanku,
Mungkin aku alpa dengan dirimu,
Mungkin aku sadis karenah ini,

Hidup kita tiada cetakan seterusnya,
Hadapilah realiti ini,
Sesungguhnya cinta dan kasihku telah tertanam di dada hamparan,
Simpankah segugus kenangan cinta kita,
Sebagai sebuah memori yg tidak pernah terpadam sekadar dalam ingatan,

Salam sayang.

-nukilan kherol81-

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"