.

Tuesday, August 17, 2010

“Si Merah ‘O’ menjengah lagi…”

Hari itu aku seperti biasa,
Menjalani ibadah yg cuma sekali setahun,
Walau terasa yg kali ini amat menguji aku,
Hingga ketahap pucat kata emakku,
Namun aku masih ingin merasa rasa itu bagai kali terakhir untukku,
Waktu penghujung hari sudah tiba,

Entah mengapa aku bagai sipelahap yg meratah daging merah,
Selera ku hari itu bagai bukan kawalan aku,
Selama 4 bulan ini aku bercatu,
Aku bagai terlupa seketika perih yg bakal aku lalui,
Aku bagai aku yg dulu,
Ingin merasa segala seperti dulu,

Burrrb….
Semua mata kewajahku berbaur rasa,
Berbagai riaksi yg terukir oleh mereka,
Adakah aku sudah seperti sediakala?,
Bagaikan mereka yg bakal 40 hari pergi,

Kurang si jarum waktu seputar jam,
Semua yg bakal terhadam,
Ingin berpusu2 tampa beratur keluar melalui lorong sempit,
Sehingga habis segala tadi,
Giliran si merah ‘O’ pula menampakkan diri,
Aku bagai terasa akan diambil ilahi,
Merasa separuh mati sakit tidak terperi,
Namun keluarga yg menyayangi aku masih memegang erat tanganku,
Terhenti seketika akal ini seperti mati,
Terjaga aku kembali direnjisan oleh emakku melalui jemari mulus itu

Sesampai dibangunan yg biasa aku lawati,
Si dewata berjubah putih menasihatkan untuk melalui prosedur lagi,
Seawal pagi aku bersedia,
Dengan sehelai cuma jubah dibekal tampa pakain lain,
Sejuk menusuk ke tulang,
Mujur simanis menyelimutkan tubuh ini,
Sebelum menyuntik pelali permulaan tampa malu aku merelakan,

Ingatan aku masih segar kerana ini yg kali ke lima dalam dua tahun ini,
Disorong ke dewan bedah bagai disorong ke suatu ruang,
Ruang yg bagai aku tidak akan keluar lagi terasa hati,
Semua pembantu dewata seperti menenangkan aku dengan terukir senyuman,
Wajah mereka aku ingat setiap satu,
Menghulur salam ke tangan ku bagai menyambut kedatangan ku,
Meja bedah sebesar tubuh cuma aku telah ditempatkan,
Mujurlah masa itu yg mengelolakan aku rakan sekolah dahulu,
Aku perhati sahabatku memasang berbagai wayar yg aku tak ketahu,
Disambung ke kotak monitor disetiap pelusuk tubuhku
Malu sudah aku relakan kerana dia sahabat aku,
Dalam hati kecil menangis kerana malu hanya yg Esa ketahu,

Dewata bius membacakan tentang aku,
Meminta setuju untuk mematikan sebentar tubuh kawalan mindaku,
Suntikan mula diberi oleh sahabatku sambil diperhati dewa2 yg punyai tugas sendiri,
Ketika aku diajak bercakap oleh dewata yg akan mengelar daging ini,
Sahabatku mula meminta aku mearik nafas menghidu benda yg ditekup kemukaku,
Bau seperti biasa menyebabkan aku seperti melayang,
Mataku mula hilang cahaya terang diatasku sedikit demi sedikit,
Telingaku bagai pekak dari mendengar mereka yg ramai,

Aku tidur tampa mimpi,
Aku tidur tampa bergerak,
Aku tidur tampa mengetahui sekelilingku,
Aku tidur tampa rasa sejuk dik bilik itu,

Tampa aku tahu apa yg mereka telah lakukan keatas tubuh ku,
Aku relakan semua kerana aku telah setuju,
Cuma harap akan membuka mata semula,
Cuma harap akan dapat menghirup udara kembali,
Cuma harap akan kembali melarik rasa,
Cuma harap akan disambung kembali nyawa,

Sedarnya aku sudah dibilik A61,
Kini aku sudah bertukar jubah baru cuma,
Jam menunjuk angka 12 lebih,
Tanda aku dioperasi selama 2jam lebih,

Keluarga ku masih disekeliling,
Aku menangis sakit tampa malu,
Mujur semua keluarga ku biasa dengan saat itu,
Dan meminta untuk menambah ubat pelali mengurangkan sakit ku,
Seketika aku tertidur semula menahan sakit,

Kini aku jaga semuala dengan keadaan lapar,
Nasihat emak untuk tahan sebentar kerana takut muntah kembali,
Kini mataku masih kuyu,
Masih mataku merenung jam yg kini menunjukkan jam 3ptg,
Ayah, Emak & adik bongsuku yg masih setia menunggu,
Kerana yg lain masih ada urusan mereka,

Aku mula diberi secangkir air & roti,
Sakit dik kelar pisau masih terasa sakit,
Aku merelakan ayah, emak & adikku kembali untuk berbuka puasa,
Kerana aku disini sudah mula membiasakan diri semula,

Mula aku menulis kembali,
Mula aku mecoret di maya semula,
Mula melayari maya lagi,
Mula melakukan sesuatu yg mengurangkan bosan ini,

Seperti biasa aku mengingat kembali sebelum ini,
Muhasabah kembali,
Mungkin aku gila menguji diri,
Aku tahu kembali yg aku kini terbatas lagi,

Mengingatkan diri jangan ulangi degil diri.....






-luahan rasa perih dibulan mulia oleh kherol81-

No comments:

Post a Comment

"Nota - Isi hati anda, akan saya jadikan muhasabah diri
Thank for sharing"