.

Friday, November 26, 2010

“Sungguh tak terkesan….”

Diwaktu itu aku masih termanggu,
Mentafsir beribu yg terkisah perlu,
Bagaimana hendaknya azali si skrol diri,
Memuntah ilusi yg terpalit dek cebisan yg tinggal

Akukah yg dulunya beraja dipuncak tinggi,
Namun kini hilang sedikit taring bergerigi,
Menghunus kata yg berbutir peluru sakti,
Hingga kini berteduh menanti di bawah serambi,

Mungkin juga aku masih benar segala janji,
Untuk ungkapan sekali beri begbahagi,
Aku mahu mengecap kembali dahaga panji,
Mungkin itu akan mendorong aku berani,

Memang sudah aku dijadikan begini,
Yg tandus lalang rata terang,
Aku bangkit kembali seperti using,
Yg kini mahu membilang terang,

Sudahlah kiasan aku terapkan dilaman maya,
Yg masih berpenunggu serta pemuja sepi,
Namun aku masih hilang maya,
Tapi aku masih mengharap redho Nya membenar aku bersemangat lagi,

Nukilan kherol81 (19/11/10 1735pm),

“ Yang tinggal hilang…..”

Yg dulu masih terkenang dilintas pengalaman,
Yg dulu masih segar dek bias tentang adanya baki perasaan,
Yg dulunya tetap hadir tika semua kembali menyergah disini,
Yg dulunya tetap menyergah hingga kini walau diperuk sendiri,

Aku cuba tinggalkan semua yg menghantui benak pemikiran ini,
Aku cuba tinggalkan kunci semua yg menyanbungkan perih kelmarin,
Aku cuba tinggalkan semua perasaan yg membuat sayu dihati,
Aku cuba tinggalkan sekelumit rasa rendah hati,

Namun kini aku masih hilang yg satu itu kembali,
Hingga aku terasa hilang itu menyayat segala sunyi,
Tetap aku hilang terasa bahagi,
Demikian tertarah yg hilang itu seperti penggali luahan tercari saksi,

Namun begitu pasti aku hendak yg masih terperinci,
Untuk aku dendang melodi yg ku tinggalkan buat si kecil isi hati,
Nescaya jutaan bait yg hilang akan menjengah aku kembali untuk pasti,
Menjulang jaya “ Yang tinggal hilang……”

Nukilan kherol81 (20/11/10 1305pm)

Tuesday, October 19, 2010

“Hamba sendu….”

Ramai manusia di hamparanNya,
Tapi berbagai cara,
Berbagai gerak terpancar seri,
Berbagai gaya yg tersendiri,
Berbagai mungkin rasa yg hadir peri,
Berbagai tuju mencari jawapan yg mungkin pasti,
Berbagai musabab sentiasa bertuju & seni,

Yang datang sehelai sepinggang,
Yang pergi cuma bersama adunan segumpal benang,
Yang berhenti sebelum sempat memegang belulang,
Yang terpaksa meneruskan sehasta harapan di hunus pedang,
Yang meluru didalam pencarian tampa kompas ditangan membilang,
Yang mendabik diri walau keawan dijulang,

Itu resmi sang pendakap mimpi,
Yang bermuram tika hati sepi,
Meraung pasti secarik ketabahan diri,
Membidik busur yg entah munkin berpaksi,

Tujuh petala yg hampir pasti,
Menjerut ingatan yg belum hampir pergi,
Membilang kekisi bagai hilang tiada lagi,
Mencari tumbuh untuk pengganti azali,

Mujur lantai berpasak si jati,
Tanda yg pasti menarik bukan halangan si ombak gunung kuncam,
Mentari terik mustahil berganti si bebutir salji,
Pasti sulaman jejambat penyambung antara rabung alam ,
Hitung langkah menjadi sedari,
Panjatan keramat menjadi perantara rentan terperam,

Riwayat usah dihitung,
Kerana “hamba” bukan “hina”,

-nukilan kherol81 (22:40pm 16/10/10)

“Airmata…..”

Mengalir jutaan rasa,
Mengalir tampa sekat teriak,
Mengalir sumpah dahulu ketara,
Mengalir segala tertera keriuk peta,
Mengalir hunus deria,
Mengalir emosi seorang hamba,
Mengalir kamu bukan hina,
Mengalir kamu juga tidak belas semata,

Jika kamu dinilai setahil emas,
Mereka salah tafsir,

Jika kamu dinilai secangkir teh,
Mereka tetap salah tafsir begitu,

Jika kamu dinilai dengan segala yg dialam,
Mereka bodoh berkata begitu,

Kerana kamu adalah tulus,
Kerana kamu tetap ikhlas,
Kerana kamu masih suci,
Kerana kamu adalah kendiri,

Kamu,
Lahir tidak berayah ibu,
Hadir tidak dipinta serta dijemput,
Terbit tidak diwujudkan untuk menyinar,
Terjah tidak untuk perhatian semua,

Mengalir kamu mewarnai lakaran aku………

-nukilan kherol81 (19:50 10/10/10)

“Semilir sendu…….”

Setiap detik kau melata,
Setiap minit kau menhgirup udara,
Setiap jam kau masih ada,
Setiap masa kau tetap dihampar sulaman rata,

Aku ingin menari seperti kamu,
Berada dihamparan alam tetap bertahan,
Berganti debaran tetap berdepan teguh menepis seru,
Masih seraya tersenyum tidak bernafsu ego setiap keadaan,

Aku ingin berkata-kata seperti kamu,
Berdoa kepada Tuhanmu tidak peduli sekeliling temu,
Menagih trilogi alam walau sendu bakal datang menuju,
Kamu tetap teguh berdeklamasi melarik alam yg kian keliru,

Aku ingin teguh seperti kamu,
Menidakkan segala yg membenci dek durimu kejadian,
Persetankan si benci akan dirimu yg melata kelu,
Hanya ingin meneruskan versi dirimu yg dicipta dikalangan ciptaan,

Pujian aku tetap tulus pada kejadian mu,
Kerana kamu juga perlu dialamNya ini juga,
Seperti aku memerlukan hirupan dari hembusan kamu,
Kita saling memerlukan walau lain ciptaan yg tidak terhingga,

-nukilan kherol81 (18:40 10/10/10)



“Suria…..”

Doa dititip menjadi harapan,
Doa dititip mengharap keredhoan,
Doa dititip menanti keindahan,
Doa dititip jutaan kemanisan,

Harapan hitungan suram berganti benderang,
Begitulah harapan seorang insan kerdil membilang kenangan,
Menjulang keramat yang mentah dihalang,
Melarik terang awan gemilang,

Selangkah menjulang serang penghalang,
Juta menutup terang tetap terserak berderai,
Susunan jerami usang terbentang bendang,
Jelujur benang berkait menjadi turutan menyusuri sebesar denai,

Begitu lumrah lukisan alam,
Menggamit semilir setiap berjisim,
Begitu diatas terkadang kandas tenggelam,
Mengingat diri tentang hikmat yg terpendam,

Getir perih silir berganti hingga keakhir detik,
Hunus diri dek suratan dikatakan azali,
Terjah diri yg masih sendu tangisan pekik,
Dikata hadiah yg tidak semua dapati,
Namun redho masih pancar suram terik,
Menanti senyuman sapaan suria pagi,

Senyuman aku harap hingga ke saatku nanti,
Jangan dinilai segala periku yg berganti suram,
Ku susun jemari tunduk menghamba diri,
Moga segala hajatku ditunai kembali seperti semalam,

Kepada sahabat yg sentiasa erat,
Kuharap doamu penyeri keramat,
Bukan kutagih segala keringat,
Cuma senyuman dan doa tulus secangkir kelumat,

-nukilan kherol81 (20:58 8/10/10)



“SEPI datang kembali…..”

Sepi,
Kini mencengkam lagi,
Kini hadir diri seperti rintik hujan yg datang & pergi,
Kini masih menagih saat warna2 hati dilakar seri,
Kini memenuhi pundak hati yg kian bertaut peri,
Kini melangsaikan segala pertaruhan dihamparan fana ini,

Sepi datang tidak memberi amaran,
Mencaturkan singgah yg ditawarkan secupak sunyi,
Ketagih yg dulu rasa diperuk sendiri disudut rentan,
Suntuhan sepi yg kini rasa segunung tinggi,

Sepi sendiri hadir kamu sederap alam,
Pulang berkawan denganku bagai lama keseberang rindu,
Menyapa aku kembali persis berkurun pergi,
Mengajakku menemanimu hingga kesana,

Sudah kesekian kalinya aku ingin mejauhimu,
Namun kamu tetap hadir diri,
Akukah pilihan untukmu uji segala?
Akukah hamba untukmu kerah membajak hamparan ceria?
Akukah labu yg perlu kamu penuhkan dengan penghilang dahaga terik?
Akukah kotak muzik yg perlu sentiasa memuntah melodi kasih padamu?
Akukah andang untukmu menerangi lorong sunyi?
Akukah ambal empuk untuk tidurmu nyenyak?
Akukah segalanya untukmu?

Seketika kamu perlu hadir,
Namun hadirmu harus aku undag,
Bukan niatku menjauhi kamu seperti semlier,
Kerana aku masih belum bersedia bertemu beradu kenang,

Susah hatiku menerima kamu datang,
Mengusutkan kembali simpulan sutera bebenang,
Akibat pincang lubuk yg terang,
Berbelah bahagi hati yg dahulunya merasa tenang,

Episode sepi kini kembali,
Menjengah jendela hati yg sebelumnya terbuka untuk si ceria alam,
Tidak teringat kekasih lama bakal kembali,
Kerana terlupa dek lukisan seri yg meutup segala kelam,

Jika aku ditakdir berpasang denganmu,
Aku redho,

Jika aku perlu mati denganmu,
Aku juga redho,

Jika aku segalanya ketetapanmu,
Aku juga redho,

Emmmppphhhhhh……

-nukilan kherol81 (29/9/10 14:43pm)





Wednesday, September 22, 2010

“Hujan….”

Sejuk dingin hinggap mencengkam temulang ,
Persis kurangnya si pembalut daging,
Hingga membuat tubuh ini persis menggigil ngerang,
Namun redho dengan kehadiran sang hujan datang,

Siraman mu bagai tiada penghalang,
Menyirami hamparan seluruh alam,
Rupa paras tidak benderang,
Namun hadirmu menyerikan sugul kelam,

Teriakan sahabatmu bagai berperang,
Namun kamu tidak gentar penghalang,
Walau tangismu dipujuk sang putera datang,
Tidak pedulikan walaupun akan bertukar alam terang,

Kamu melempiaskan dirimu untuk alam semua,
Yg menagih minum secangkir dahaga,
Biar dirimu habis disatu masa,
Namun kembali menceria segala,

Kamu bagai mutiara seri,
Yg sentiasa berkilau bergemerlipan peri,
Kau sentiasa datang dan akan pergi lagi,
Membuatkan aku rindu lara rasa suci,

Sudah habis segala puji,
Yg terlancut dari bibir mulus ini kini,
Tinggal aku menagih kedinginan lagi,
Harap dirimu kembali esok lagi,

-kherol81 (22/9/10, 17:45)

“Raye sane sini ke 12……”

Walaupun ari ni aku MC,
Tapi bukan rehat pon,
Asik ulang alik ke toilet….
Ri ni muntah g,
Penat la,
Ni yg ke berape kali pon xleh kire,

Bleeding da tadi,
Ni skang da kuo air jek,
Emmmppphhh…
Malas nak cite g….

Ri ni mak wat kueh g,
Kuih de yg da abis,
Mak wat kueh fevret aku,
Kueh sempret/dahlia,
Aku pon pe g try la..
Pas tu muntah….
Dpt jadi pembantu merase semenutare ok la tu kan…

Ok la mak da panggil ni,
Sok sbg g ….
Salam….

-kherol81 (21/9/10, 22:20)

“Syawal….”


Syawal tahun ini semakin menghampiri pertengahan,
Hari2 mu aku nanti & tunggu,
Setiap saatmu aku abadikan semua saran,
Setiap hadirmu tahun ini aku serikan lakaran topeng luku,

Biarlah aku menderita berduka dalam tawa,
Biarlah wajah ini menyinari seperti si kembang bunga,
Yg dimainkan aku ketika kecil dahulu menyambut Syawal,
Tika tidak kenal erti perih derita tubuh kental,

Jerit derita semakin tegar,
Namun aku masih seru ,
Serik tidak menikmati Syawal,
Harap akan bertemu lagi jika tidak bertemu ajal,

Andai detik Syawalku seperti dulu,
Merasa nikmat seperti datangnya rindu,
Akan aku rasuk segala tugu,
Menghentam hancur segala rasa kelu,

Biar pedih rasa menderu tubuh,
Namun aku masih rasa seteru,
Menggumam tagih Syawal seluruh,
Agar tidak terasa kurang sekujur kaku,

-nukilan kherol81(20/9/10, 03:55)

“Raye sane sini ke sepuloh….”

Salam raye lagi….
Ri ni pepagi g da bekumpul nak lik kpg,
Sib baek kpg dekat,
Kalo drive cume 1jam dr umah….
Agenda kami,
1) Umah ucu noi coz mlm tadi da janji ngan ucu nak makan telor belangkas bakar, lameny
xmkn…..perghhh…..
2) Gi umah atok ayah coz adik2 nak kait buah kelape mude, beshshhhh….
3) Gi umah arwah alang jijah, de open house….mkn gi …(kalo boleh masuk la…tapi cam x bole jek, co
aku pantang g tah sampai bile)
4) On way lik umah singgah umah ucu lin, open house gak…mkn lagi (huhuhu….)
Tapi kali ni kami lik ngan bakal adik ipar….
Ok la tu, laku gak adik aku ni….huhuhuhu….
Penat aku ni masih xilang g,
Walau da mlm cam ni….
Mate aku masih xboleh lelap,
Tah nape,
Sume yg aku mkn xseberape tapi da abis kuo da,
Tapi masih nak gi toilet gak,
Rasenye cam da salah mkn ni,
Coz beminyak…
Ok nak g buang hajat gi….
Salam sume…

-kherol (19/9/10, 02:15)

“Raye sane sini yg kesembilan…..”

Ari ni raye ke-9,
Masih g best beraye,
Aku xmao lepaskan saat manis beraye,
Ari ni aku jadi driver g utk ayah mak,
Gi beraye ke umah sedare yg dekat2 sini,
Klang utame, jln shapadu, jln meru…
Sampai mlm baru spai umah,
Penat tapi berbaloi...

Ri ni penat nat type….
Sbg sok la kalo de mase….

Salam pd sume pembace

-kherol81 (18/9/10, 23:40)

Wednesday, September 15, 2010

“Raye sane sini……”

Ri ni raye ke-5,
Mlm tadi aku xleh tido,
Cam biase kul 2.30 kot baru aku tido
Kul 12 da mkn ubat biasenye trus tido….
Tapi kali ni xleh tido

Pagi ni bangun kul 9,
Rupenye de sedare yg datang
Aku masih membongkang kat lam bilik
Cam biase aku bangun tido jek trus g ruang tamu
Hahahaha…..kene gelak ngan sedare
Tengok aku serabai cam tu
Maluuuuuuuu…….
Lariiiiikkkkkkkk……
Siot jek
Xcukup tanah aku g bilik air mandi….
Lantaklah diorang nak ckp pe….
Aku maluuuuuu….

Siap mandi jek aku keluo ruang tamu
Besalam…
“Sihat long?”…..
“Alhamdulillah…..” aku jawab…..
Tapi sume sedare cam tau jek aku sakit terok….
Coz aku nampak kurus coz aku pakai baju pagoda….
Memang la nampak kering…..
Yg best nye aku kan pelakon hebat….
Wat cam biase jek…xtunjuk sakit pun tapi sakit lam ni aku jek yg tao……
Lantaklah…..

Bile beborak ngan sedre rase cam nak nangis lak….
Tapi aku tahan jek….
Ok la da malam ni…
Sok sbg g….
Ri ni penat layan sedare….
Sume dtg beraye sambil melawat aku lak acarenye….
Emmmmmm……

-kherol81 (16/9/10, 11:45pm)

“Love is something….”

Love is something that is not easily to explained,
No word can express it the emotion,
No prediction can expect it,
No body or person can feels the same about it,

It’s waking up in the morning wanting to be with that one person & going to bed feeling the same way,
It’s knowing that you want to spend the rest of your life with him and it's a feeling so great that no matte
what anyone says will never be taken away,

It’s crying every night when the one you love doesn’t love you back,
It’s feeling that pain in your heart when you lose that one person,
But to just hear those three little words come from his mouth and actually know he means it,
“I LOVE YOU”
That’s the best feeling in the world…..

To know that someone loves you for you and wants to be with you forever,
Love is hard to find & even harder to keep,
It takes time & effort to keep it going,
But you don’t mind because you would do anything in the world to keep it,

It’s knowing that when you come home you’ll have someone to share your day with,
It’s that last conversation of the night before you fall asleep,
He’s the first one you want when you wake up,

The only thing that’s on your mind all day or everyday,
It's knowing that someone’s always there for you to cry on,
Someone’s always there for you to talk to about anything & won’t judge you for that,

It’s the person you feel the most comfortable with in the world & to know that you have that,
That you share that special bond with one other person. That’s the best feeling in the world,

But when you lose that feeling,
When you lose the only thing that ever mattered to you,
It seems like life has no purpose, no point at all,
You feel like you could just curl up and die,
That nothing or no one else matters to you & the only thing that you’ve ever wanted is now gone,
And you will do anything to get him back, because he’s worth it……

You’ll try and try until one day you realize,
That things will never be the same again….
Your love is still there, deep inside of you,
So you try your best to just be friends & it works for a while….

But the feelings are still there & no matter how hard you try, friend will never be good enough….
So you want to forget about him, but that’s even harder….

There’s too many memories,
To many good times to just forget & no matter what you do,
They always there….

Everywhere you look,
Everything you do,
Every place you go,
Every song you hear,
Everyone you see….
Reminds you of him & you hope some day you’ll be back together….

But until then there’s nothing you can do but sit and cry,
To go through that pain when he talks about another person they likes,
Or how good her life is going & that pain breaks your heart day after day,
Tear after tear,
Until you have no more tears to cry….

Until you just get used to that hole in your heart that won’t go away,
That pain that never leaves you,

That lonely feeling that stays with you forever,
And you may have other person,
But nothing or no one could ever compare, and you know that....

-kherol81 (16/9/10, 14:55)

“Redho je…..”

Cam biase lepas solat Aidilfitri..
Kami akan bergambar kenangan sebelum keluar
Namun potret tahun ini cam lain acara
Cam bukan yg sebelum ini
Banyak kandid yg aku ngan adik2 aku ambil
Setiap detik kami akan abadikan
Semua cara kami lakukan
Setiap posing kami ambil
Semua tempat kami updatekan
Entah mengapa semua ini boleh berlaku?????
Aku redho je…..
Sampaikan taman tepi Sungai Klang pun jadi lokasi ..
Berback groundkan Masjid Bandar Klang :-0 ….
Hahaha……
Ok la tu!!

Aku sempat update kat FB,
Tapi blog aku wat problem plak
Entah nape….
Lupe aku ke atau aku lupe diari aku tu…. Aku redho je

Hari ni cam biase tunggu sedare dtg umah….
Tapi badan ni makin xbertambah berat
Maintain 49kg lagi….
Nak makan banyak (tambah berat) xleh masuk…
Minum banyak pun xleh jadi (takut muntah)….
Ape aku leh buat????
Nak pakse diri (tak mao lah, ti sakit)
So ….. Aku redho je

Sejak raye petame ni, da 3 ari lepas satu ke satu rumah ….
Raye kami asik jalan beraye jek…
Aku cam biase, jadi driver Ayah ngan Mak
Sib baik kete power stereng,
Kalo tak aku penat nak bawak pusing stereng,
Adik2 aku kat kete lg satu
Sentiase follow dari belakang takut sesuatu jadi pd aku…..
Coz aku masih degil nak drive (takut xleh drive bwk Ayah Mak pegi beraye lg)
Walaupun lam keluarge cuma Mak jek yg xpandai bawak kete……
Tapi sesekejap perot ni sakit kami berenti tepi
Biase la adik2 tanye nak ganti drive ke
“ Along ni degil la”….Aku redho je…


Biase la aku dengan topeng ego aku yg tinggal ni…
Sume aku nak buat…
Sume aku nak rase…
Cam da sihat jek
Aku sebenarnye xmao keluarga aku sedih dengan nasib aku ni
Walau sume xtau yg aku ni bakal tinggalkan diorang….
Tapi aku dah berjanji dengan diri aku untuk menceriakan keluarga aku…
Kisah sedih keluarga, da lame berakhir….
Kini nak sume ceria….
Biarlah aku je yg ceria seketika
Bertopeng ceria kini yg sedih bakal meninggalkan mereka nanti….
Aku redho je apa yg bakal berlaku…
Kerana aku juga dah bersumpah untuk menjaga keluarga aku….

Mati!!! biasa la….
Sume org akan mati
Kecik, beso, tue, mude, cam2 skang ni…
Cume aku harap hari2 aku menuju kematian akan penuh dengan kecerian
Memori yg akan aku abadikan dalam diari blog aku nie…
Harap2 pd yg tahu blog ni akan dapat kongsi rase dengan aku…
Bukan nak tagih simpati coz xramai pon yg tahu blog ni..
Diari blog aku ni rahsie tau….
Family aku sorang pun xtau….Aku redho je….
Ti sampai mase baru aku bagi alamat blog aku ni kat adik2….
Huhuhu…diorang tu sume cerdik IT….

Ri ni first time blog ni tercoret kate2 yg tak terurus…
Tah nape….
Ri ni gak “Bekas Budak Sains Tulen” merapu, gile2, ….
Ri ni cam sejarah aku lebih free menaip kate2….
Perkataan yg xteratur….
Main taip jek……..
Esok xtau g cam ne….
Biar la ape org nak kate pe….Aku redho je….

Ok la, da petang ni nak mandi….
Ti de mase aku update g…..
Salam pada pembace yg sudi…..
Ti kalo de nak ajak membe layari diari blog aku ni ajak je la….
Janji family aku xtau….
Pade MASTURA…
Thank coz jadi sahabat sy….

Tungguuuuuu…….

-kherol81 (13/9/10, 18:20pm)

“Syawal untukku….”

Alhamdulillah Ramadhan menjadi guruku,
Mengajar aku erti perlu,
Yg biasa dahulu & kini baru untukku,
Supaya tahu bekalan perlu

Allahuakbar ,
Allahuakbar……
Pagi yg salju bagiku,
Takbir bergema seluruh alam,
Bersama aku menyebut kebesaran Ilahi,

Sedari awal keluarga kandungku ke rumah Allah,
Mengerjakan ibadah sunat dipagi Syawal,
Linangan kembali bagai tiada esok bagiku,
Bagai tiada syawal lagi untukku,

Namun ketenangan masih denganku,
Kerana darah dagingku berada disebelahku,
Yg sentiasa menyokongku,
Insyaallah Syawal akan kembali padaku,
Mengekori Ramadhan yg jerih lagi untukku,

-nukilan kherol81-

“Ramadhan bakal pergi….”

Tahun ini Ramadhan bakal lengkap olehku,
Walau bilangan kurang 30 olehku,
Insyaallah akan aku ganti secepat mungkin dahulu,
Sebelum masa meninggalkan aku,

Tahun ini Ramadhan amat bermakna untukku,
Kerana segala rasa bercampur satu,
Rasa yg mungkin tidak akan kembali,
Namun itu tetap aku lalui,

Tahun ini Ramadhan amat payah padaku,
Kerana aku lesu sendu,
Namun begitu aku mahu meneruskan ibadah itu,
Kerana takut Ramadhan tidak akan kembali untukku,

Ramadhan bakal pergi,
Tinggalkan aku dengan kenanganku untuk tahun ini,
Suka duka aku hadapi,
Perit getir aku lalui,
Susah senang aku hampiri,
Setiap detik aku rasai,
Semua emosi bergelumang mengelilingi,
Segala persiapan Syawal kami sekeluarga ulangi,

Namun aku tetap akur dengan ketetapan ilahi,
Yg datang pasti pergi,
Begitu jugalah aku ini,
Yg bakal ketahu hari-hariku kini


-nukilan kherol81-

“Linangan kembali…."

Aku mengerti linangan air mata ini,
Aku faham mengapa ia menyergah diri,
Aku tidak tahu ia menerpa untuk yg keberapa kali,
Namun aku tahu ia tulus & masih sejati,

Seperti biasa yg dulu berbuka diluar lagi,
Seperti biasa sekeluarga ditempat yg indah bertempah,
Bagai tidak diundang,
Bagai tidak diketahui datang,
Linangan ini menyergah diri,
Keluarga kandungku disekeliling ini turut beremosi ,
Mengetahui perlu untuk dekenang detik ini,

Dulunya juadah aku melebihi kantongku,
Kini juadahku semangkuk bubur likat,

Dulunya air minumku bermacam warna,
Kini air minumku bewarna putih semata,

Dulu pencuci mulutku manis belaka,
Kini pencuci mulutku cuma sehelai tuala,

Dulu segalanya bagiku,
Kini semua bukan untukku,

Aku mengagah diri,
Bertopengkan aku yg dulu,
Aku berbajuku yg dulu,
Aku seperti sikapku yg dulu,
Tapi semua itu tipu,
Semua itu lakonan aku yg masih sedikit ego perlu,

Cuma aku masih tahu,
Aku tidak seperti dulu,
Aku sedang kesakitan,
Aku masih perlu orang sekelilingku,
Aku masih perlu mereka menyokogku,

Yg pasti,
Aku masih ada keluargaku dibelakang ketika ini,
Aku masih ada sahabat yg menyokongku,
Aku masih ada kawan yg menemaniku,
Aku masih ada Imamku,
Aku masih ada semua……..

-nukilan kherol81-

“Mengerti diri -2…..”

Ramadhan ini yg ke-17 tiba kini,
Jumlah semakin meningkat,
Namun timbanganku semakin menyusut 49.7 kini,
Entah berapa jumlah yg tinggal bila cukup 30 hari nanti,

Biar aku rasa!
Biar semua aku rasa!
Biar terbit rasa!
Biar tinggal kenangan rasa!

Aku tidak mahu tinggal rasa,
Aku ingin abadikan rasa,
Aku perlu cuit semua seketika,
Aku enggan tiggalkan semua tampa egoku cuma,

Kerana sejarah aku adalah aku,
Yg dulu aku lain dari sekarang,
Menjalani hari tampa kekang abadi,
Persis diri menogkat dunia,
Tidak peduli menongkah layaran,

Kini,
Aku mengerti diriku,
Kerana yg dulu usah dirindu,
Biarkan ia berlalu,
Hilangkan dari hatiku,
Kerana aku adalah aku,
Yg perlu beringat terlebih dahulu,

-nukilan kherol81-

“Mengerti diri…..”

Dalam bulan mulia ini,
Aku cuba muhasabah diri,

Dalam bulan mulia ini,
Aku masih merangkak mengerjakan ibadah kembali,

Dalam bulan mulia ini,
Aku terus mengerjakan tuntutan ini lagi,

Walau tubuh ini masih seperti baru mengerti Ramadhan itu,
Namun aku perlu rasainya,
Takut nanti tiada lagi untukku,
Tinggalkan semua rasa,

Aku mengerti tubuh ini seperti dipaksa tuli,
Bermula dengan sesudu bubur likat berulamkan secangkir susu,
Berakhir dengan menu yg lebih kurang sama disubuh tadi,
Namun perlu dipaksa walau berlinangan kekaca tulus itu,
Kerana tidak seperti dulu yg jamahan berbagai,

Kini ramadhan sudah yg ke-8 menjelma,
Rasa yg amat menduga aku,
Aku terus melaluinya walau tubuh semakin menyusut hingga,
Aku redho dengan segala ujian Mu,

Mungkin ujian ini untukku telah disurat,
Sememangnya aku akur dengan ketentuan,
Aku mengharap jika rasa ini tidak untukku nanti,
Aku aman & tenang disana nanti,

-nukilan kherol81-

“Ramadhan kembali lagi…..”

Engkau datang lagi,
Aku kenalimu sejak dunia ini segar untukku,
Aku kenalimu sejak lakaran ini dimenangerti,
Aku kenalimu sejak fana ini bersahabat denganku,

Aku mengerti tujuanmu,
Aku mengerti untuk patuh arahanNya,
Aku mengerti dimana perlu adamu,
Aku mengerti segala hukum ditetap olehNya,

Tahun ini aku mulakan lagi,
Tahun ini aku mencuba lagi,
Namun tahun ini amat berbeza nanti,
Kerana tubuh ini perlu menyesuai kembali,

Mungkin nanti perlu muhasabah lagi,
Tubuh ini perlu dibiasa kembali,
Bertatih sepeti dulu mengenali,
Untuk mendakap segala cabaran getir nanti,

Insyaallah aku pasti,
Insyaallah aku mengerti kembali,

-nukilan kherol81-

Friday, August 27, 2010

“Sendiri lagi…”

Ketika ku sendiri aku merasa galau,
Dalam diam aku termenung
Aku bertanya pada diriku sendiri,
Ada apa dengan hidup ku dan cinta ku,

Kenapa aku selalu gagal,
Aku pun tak tau kenapa dengan diriku,
Aku merasa hilang akal,
Aku merasa tak ada arti lagi,
Aku tak pernah mudah mencintai seseorg,
Aku tak mudah bagi ku melupakan org yg aku sayang,

Tapi kenapa cinta ku selalu berakhir begitu cepat?,
Aku ingin kebahagian cinta,
Tapi kenapa akhirnya kecewa?,

Aku rindu dia...
Aku sayang dia...
Kerna dia aku bisa menangis...
Kerna dia aku bisa tertawa...
Kerna dia aku bisa merana...
Kerna dia aku bisa bahagia...

Wahai angin malam,
Bawa cinta ku dan sampaikan lah pada dirinya,

Wahai bintang ku,
Berikan cahaya mu dan sinarilah dia dengan asmara ku,

Wahai bulan,
Bisikanlah padanya dihati ku selalu dengannya,

Ya ALLAH,
Tuntunlah jalan cinta ku,
Kuatkan lah aku,
Aku rapuh,
Kuatkan lah aku,
Jangan kau biar aku sendiri lagi,

-nukilan kherol81-

Friday, August 20, 2010

“Harapan kembali….”


Harapan kini kembali,
Curahan rasa oleh yg istimewa kini,
Sapaan yg dulu pernah disisi mengelilingi,
Tautan berputik bagai kuntum seri pagi,

Aku tak keruan olehnya,
Aku tahu jasad ini mudah cair dengan bahang luapan kendiri,
Aku ingin merasa kembali apa yg dikatakan cinta,
Aku mahu pekerti perhatian sejati,

Namun aku masih berhati,
Risau dihati masih tertempa lagi,
Luka dihati bagai luka ku ini,
Yg masih berdarah jika terguris kembali,

Masihkah harapan itu aku kecapi,
Walau pedih untuk aku hadapi,
Sesingkat cuma untuk aku rasai,
Namun aku masih perlu kecapi,

Cuma kini aku dapat rasa maya ini ada yg perhati selalu,
Mungkin kelu untuk ungkap sesuatu,
Tapi aku masih menunggu,
Kerana jika singkat masaku,
Singkatlah juga perasaan itu,
Tapi menjadi harapan untukku sambung hala tuju,

-nukilan kherol81-

“Sinar…”


Di dalam samar ku lihat kejora yg memberi sinar segala,
Namun aku cuba untuk membelakanginya,
Tapi aku masih tak berdaya,
Kerana cahaya itu yg membuatku kejari semua,

Di dalam hiba ku lihat sinar itu,
Entah mengapa masih samar tuju,
Kukejar masih berlalu,
Seperti lari dariku,

Bukan niat ku untuk membalas derita padamu,
Tiada kiraan untukku padamu setiap persatu,
Sudah termaktub untukku megah denganmu,
Hingga tutup mataku itulah akhir untukmu,

Tak ku sangka ini kembali jua,
Seperti biasa ia masih teruja,
Kala perkataan telat terpa,
Hujungnya si tua bertongkat berjaya,

Izinkanlah aku terus disana,
Menikmati sinar seperti sediakala,
Bekal untukku terangi lorong yg luka,
Agar tidak ku sesat meraba,

-nukilan kherol81-